BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, June 12, 2008

Tidur Yang Lena

Assalamualaikum.....
Memandangkan pakcik tgok adik2 sekarang cbok ngan study, pakcik nak bagi
tips ler sket. Tips ape? Haa... Tips tidur yang lena. Aik, pelik kan? Dah tau adik2
sekarang cbok ngan study, pakcik nak bagi tips untuk tidur plak. Bukannya nak
bagi tips untuk jd pelajar cemerlang, apelar... pakcik ni kan hehehehe. Tak...
pakcik bukan ape, cuma adik2 mesti ingat, study2 jgak kechatan mesti kene
jaga. Tidur yang lena dapat memberikan kita kesegaran dari segi badan dan minda
setelah kita bangun pd keesokan harinya

Petua & Panduan :

  • Sebelum masuk ke bilik tidur, pastikan fikiran dan tubuh adik2 sudah berehat . Dua jam sebelum tidur seelok-eloknya jangan lakukan kerja dan senaman yang berat.
  • Jangan menonton filem seram atau membaca novel yang boleh mengganggu penumpuan tidur.
  • Segelas susu dapat membantu adik2 tidur dengan nyenyak dan jadikan ia satu amalan.
  • Hindari makan terlalu banyak sebelum tidur. Ingat!!!! adik2 memerlukan dua jam untuk menghadamkan makanan.
  • Jaga suhu bilik tidur adik2 jangan terlalu panas atau sejuk. Jangan biarkan bilik tidur adik2 semak dengan barang2 yang tidak diperlukan.
  • Plih pakaian tidur yang tidak mengganggu tidur adik2. Elakkan memakai pakaian yang ketat.
  • Jangan biarkan fikiran adik2 berserabut. Buat sesuatu yang dapat melapangkan fikiran adik2.
  • Jangan terlalu jika mata sukar dipejamkan. Elakkan terlalu berfikir kerana ia makin menyukarkan adik2 untuk melelapkan mata

1 comments:

Anonymous said...

hi pakcik AWE!