ASSALAMUALAIKUM.......
Ado info menarik pakcik nak bg tau kt adik2
B.U.D.U sihat walafiat mkn budu..
Misteri yang baru terungkap, khazanah yang belum dikenali ramai tapi sudah
lama diamalkan di Kelantan. Budu atau sos bilis yang berasal dari negeri Cik
Siti Wan Kembang ini mendapat perhatian dan menjadi kajian para ahli
pemakanan berkhasiat Jepun, Amerika, Australia, New Zealand dan Jerman.
Penemuan baru-baru ini membuktikan kandungan budu memiliki Gluthaione
sebagai bahan antioksidan, mengeluarkan sisa toxic dan meningkatkan daya
tahan tubuh (immune) yang dapat memerangi pelbagai penyakit merbahaya dan
menghalang kanser. Kenyataan ini bagaikan satu kejutan bagi golongan yang
selama ini memperlekehkan kewujudan budu yang dianggap makan "kuno".
Budu berpotensi untuk melawan radikal bebas sehingga dapat menghalang proses
penuaan dan mencegah terjadinya penyakit degeneratif seperti aterosklerosis,
koroner jantung, diabetes,kanser dan selainnya pada peringkat lebih awal.
Kajian mendalam juga mendapati budu turut mengandungi zat antibakteria
penyebab diare,penurunan kolestrol darah, pencegah penyakit jantung dan
hipertensi.
Budu memiliki zat gizi yang lebih mudah dicerna,diserap dan dimanfaatkan
oleh tubuh berbanding jenis protein yang lain. Khasiat budu yang diproses
dari ikan bilis yang diperam terbukti mampu mengatasi masalah kanak-kanak
yang menderita penyakit diare kronis akibat kurang zat pada tubuh. Dengan
pengambilan budu sebagai makanan sampingan ia mampu menggalakkan pertumbuhan
berat badan bagi golongan yang menderita penyakit diare kronis ini serta
menyembuhkannya dalam waktu singkat.Ia juga dapat mempertingkatkan IQ kepada
sesiapa yang memakannya. Kerana ia merangsangkan sel-sel otak dan akan
memperkukuhkan ikatan di antara neuron-neuron serta menguatkan neuron2 yang
lemah. Pemakanan budu turut bertindak membantutkan pertumbuhan bakteria
raffinosa dan stokiosa, penyebab utama gejala flatulensi dan kembung perut
bagi kanak-kanak dan orang dewasa.
2 kelompok vitamin yang terdapat pada budu iaitu, vitamin larut air (vitamin
B Kompleks) dan vitamin larut lemak (vitamin A, D, E dan K). Budu merupakan
sumber vitamin B yang paling banyak menyumbang kepada pecahan lain seperti
vitamin B1 (thiamin), vitamin B2 (riboflavin),asid pantotenat, asid niasin,
vitamin B6 dan vitamin B12(sianokobalamin). Secara saintifik, budu merupakan
penyumbang utama vitamin B12 yang dihasilkan oleh bacteria klebsiella
pneumoniae dan Citrobacter frundiin - yang mana Vitamin B12 ini tidak
dimiliki dari mana-mana sumber makanan laut, ikan-ikan dan daging-daging
lain. Ianya perlu untuk pembentukan sel darah merah, di mana kekurangan
vitaman ini mengakibatkan terjadinya penyakit anemia perisiosa (pucat),
sakit perut dan berat badan menurun. Kadar Vitamin B12 dalam budu adalah di
antara 1.5 sehingga 6.3 mikrogram per 100 gram bagi setiap satu hidangan
atau 2 sudu besar. Jumlah ini jauh lebih cukup untuk keperluan badan manusia
dalam sehari. Dengan adanya vitamin B12 para pengamal diet (jaga badan)
tidak perlu lagi merasa khuatir akan kekurangan vitamin B12 di dalam badan.
Selain pembekal kepada protein yang tinggi, ia turut mengandungi mineral
makro dan mikro dalam jumlah yang cukup. Jumlah mineral zat besi,kalsium dan
magnesium adalah sebanyak 9, 39, 2, 87 dan 8.05 mg bagi setiap 100 gram
budu. Budu juga mengandungi zat antioksidan dalam bentuk isoflavon. Seperti
halnya vitamin C, vitamin E dan karotenoid, isoflavon juga merupakan
antioksidan yang sangat diperlukan oleh tubuh untuk menghentikan reaksi
pembentukan radikal bebas. Radikal bebas merupakan atom atau molekul yang
mempunyai satu atau lebih electron yang tidak berpasangan,sehingga menjadi
sangat aktif hingga menyebabkan ketumbuhan tumor, kanser,penuaan dan
kematian sel. Radikal bebas didapati berpunca dari makan seharian yang
dimakan dan juga dari reaksi yang terjadi di dalam tubuh.Adanya antioksidan
di dalam budu akan mencegah pembentukan radikal bebas tersebut.
Kebiasaannya di dalam apa jua jenis ikan terdapat 3 jenis isoflavon (unsur
antioksidan) iaitu daidzein,glisitein dan genistien. Pada budu,di samping 2
jenis unsur ini, terdapat juga antioksidan faktor 11 (6, 7, 4 trihidroksi
isoflavon) yang mempunyai sifat antioksidan paling kuat dibandingkan
isoflavon dalam ikan-ikan lain. Penelitian yang dilakukan di University
North Carolina, Amerika Syarikat menemukan bahawa unsur genestein dan
phytoestrogen yang terdapat pada budu terbukti dapat mencegah penyakit
kanser, proses penuaan dan kanser payudara.
Penyakit jantung koroner (PJK) merupakan salah satu bentuk kelainan pembuluh
darah koroner akibat penumpuan lemak di dalam dinding pembuluh darah iaitu
satu keadaan yang disebut aterosklerosis. Ini mungkin disebabkan oleh faktor
usia, pemakanan, jantina dan keturunan. Manakala faktor dimodifikasi adalah
peningkatan kadar lipida darah (hiperkolestrolemia), hipertensi,
obesiti,stress dan kurang aktiviti lasak. Pemakanan budu yang mempunyai
sifat hipokolesterolemik (menurunkan lemak darah) seperti kandungan
protein,serta makanan, niasin, vitamin E, karotenoid dan kalsium. Satu
ujikaji rambang yang dijalankan,mendapati pengambilan budu sebanyak 150 gm
sehari selama 2 minggu dapat menurunkan kadar kolestrol ke tahap luar dari
jangkaan.
Selain dari sumber protein yang berkualiti tinggi,budu turut dikenali
sebagai sumber serat (dietary fiber) yang baik. Kandungan serat di dalam
budu mampu mencapai di antara 8 hingga 10% bagi setiap 100 gm. Ia
menyumbangkan kepada 30% dari umlah serat yang dianjurkan oleh National
Cancer Reserach. Berbanding serat di dalam ikan-ikan atau sumber protein
lain,serat pada tempe lebih mudah untuk dicernakan.
Dari apa yang dinyatakan ini jelas sekali bahawa khasiat serta kebaikan
sepiring budu yang dimakan bersama hidangan nasi pagi, tghari dan malam
melampau jangkauan yang anda fikirkan. Budu umpama seteguk air multivitamin
yang menyumbang kepada pelbagai keperluan untuk tubuh badan.
------Oleh Sebab Kementerian Kesihatan Mengesyorkan Pemakanan
Tambahan---------
---------Budu Untuk Kesihatan Anda-----------------
***Cuba perhatikan dimana2 shj kawasan atau negeri d negara ini pasti
terdapat orang Kelantan. Kebanyakan orang bijak pandai pun orang Kelantan.
Tidak dinafikan orang dr negeri2 lain pun ado jugak bijak pandainya...
Tapi ini, mmang benar2 terjadi. Klu tidak, xknlah budaya orang Kelantan
(DIKIR BARAT) ado d merata2 tempat d seluruh negara..... pakcik bukan nak
promote orang Kelantan.... tapi pakcik kagum dengan semangat diorang...
sebab pakcik pun bukan orang Kelantan sejati....
Aktiviti hujung minggu:Main bowling
13 years ago
1 comments:
hi pakcik AWE!
Post a Comment