BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, June 12, 2008

DISEBALIK KEJADIAN MANUSIA 2

ASSALAMUALAIKUM... pakcik rasa nak sambung balik kisah disebalik kejadian
manusia ni. Bukan ape, pakcik rasa bertanggungjawab menceritakan kisah ni pada
adik2. Lagipun kita sebagai manusia harus mengetahui asal-usul kejadian kita
Oklah SELAMAT MEMBACA.......

PROSESNYA KEJADIAN :

1. Ketika Allah jadikan Adam, tanah itu dicampur dengan air tawar, air
masin, air hanyir, angin dan api. Kemudian Allah resapkan Nur
kebenaran dalam diri Adam dengan berbagai macam "sifat".
2. Lalu tubuh Adam itu digenggam dengan genggaman "Jabarut" kemudian
diletakkan didalam "Alam Malakut".
3. Sesungguhnya tanah yang akan dijadikan "tubuh Adam" adalah tanah
pilihan. Maka sebelum dijadikan patung, tanah itu dicampurkan
dengan rempah-rempah dan wangi-wangian dari sifat Nur sifat Allah,
dan dirasmikan dengan air hujan "Barul Uluhiyah".
4. Kemudian tubuh itu dibenamkan didalam air "Kudral-Izzah-Nya" iaitu
sifat "Jalan dan Jammal". Lalu terciptalah tubuh Adam yang sempurna.
5. Demikian pula roh, ketika itu diperintah masuk ke dalam tubuh Adam,
ia merasa malas dan enggan, lalu ia berputar-putar, mengelilingi
patung Adam yang terlantar.Kemudian Allah menyuruh malaikat Izrail
untuk memaksa roh itu masuk. Akhirnya mahu tidak mahu roh itupun
masuk dan menyerah kepada Izrail.

Menurut riwayat ketika Adam masih berada di syurga, sangat baik sekali
kulitnya. Tidak seperti warna kulit manusia. Kerana Adam telah diturunkan
ke dunia, terjadilah perubahan pada warna kulitnya. Sebagai peringatan,
yang masih tertinggal warnanya hanyalah pada kuku manusia. Oleh itu,
meskipun orang kulitnya hitam,tetapi warna kukunya adalah sama, iaitu putih kemerah-merahan. Dijadikan pada tubuh Adam ada sembilan rongga atau liang.
Tujuh buah liang dikepala,dan dua buah liang di bawah badan letaknya.

Tujuh buah letaknya adalah di:
1. Kepala : Dua liang mata, Dua liang telinga, Dua liang hidung dan
sebuah liang mulut.
2. Dibawah: Sebuah liang kemaluan dan liang dubur.

Dijadikan pula lima buah pancaindera:
1. Mata alat penglihatan
2. Hidung alat penghiduan
3. Telinga alat pendengaran
4. Mulut alat merasa manis, masin dan sebagainya.
5. Anggota tubuh lainya seperti kulit, telapak tangan, untuk
merasa halus, kasar dan sebagainya.

Setelah Roh masuk kedalam tubuh Adam :
Lalu roh itu masuk perlahan-lahan sehingga ke kepalanya yang
mengambil masa 200 tahun. Demikianlah Allah memberi kekuatan pada
Izrail untuk memasukkan roh ke dalam tubuh Adam. Setelah roh
meresap ke kepala Adam, maka terjadilah otak dan tersusunlah
urat-urat sarafnya dengan sempurna. Kemudian terjadilah matanya
dan seketika itu matanya terus terbuka melihat dan melirik
kekiri, ke kanan dan kebawah dimana pada masa itu bahagian badannya
masih merupakan tanah keras. Dilihatnya kiri dan kanan para
malaikat yang sedang menyaksikan kejadian dia. Ketika itu dia
telah dapat mendengar para malaikat mengucapkan tasbih dengan suara
yang merdu dan mengasyikkan. Kemudian ketika roh sampai kehidungnya
lalu ia bersin, serta mulutnya terbuka. Ketika itulah Allah ajarkan
padanya ucapan Alhamdulillah. Itulah ucapan Adam pertama kalinya
kehadrat Allah. Lalu Allah berkata :"Yarhamukallah" yang membawa
erti:"Semoga engkau diberi rahmat Allah". Oleh kerana itu jika orang
bersin, menjadi sunat mengucap "Alhamdulillah" dan orang yang
mendengarnya sunat pula mengucapkan "Yarhamukallah". Kemudian ketika
roh sampai pada dadanya, tiba-tiba saja ia mahu bangun. Padahal
sebahagian bawah badannya masih tanah dan keras. Disini menunjukkan
sifat manusia yang suka tergesa-gesa (tidak sabar). Sebagaimana
firman Allah SWT bermaksud: "Dan adalah manusia itu, suka tergesa-gesa".
(Al-Israk:11) Maka ketika roh itu sampai dibahagian perutnya, maka
terjadilah susunan isi perut dengan sempurna. Maka seketika itu
terasalah lapar. Kemudian terus roh itu meresap sampai ke seluruh tubuh,
tangan, kaki lalu terjadi darah daging dan tulang. Urat-urat berkulit
dengan sempurna, yang mana kulit itu kian lama kian cantik dan halus.
Begitulah proses kejadian-kejadian tubuh Adam. Setelah kejadian Adam
sempurna sebagai manusia, maka dialah merupakan makhluk manusia yang
pertama. Wajahnya cukup cantik, semua malaikat berasa kagum melihat
Adam yang begitu menawan. Kemudian Adam diarak oleh malaikat-malaikat
selama 100 tahun lalu diperkenalkan kepada seluruh penghuni dari langit
pertama hinggalah kelangit tujuh sebelum dibawa ke syurga tempat
mula-mula Adam dijadikan.

(Dipetik dari buku HIMPUNAN KISAH-KISAH MALAIKAT
disusun oleh Muhammad Isa Selamat)


RENUNGAN
Sesungguhnya Allah itu Maha Besar, Maha Agung, Maha pencipta sekian
alam dan pencipta setiap kejadian. Bertaqwalah kita kepadaNya,
kerana pada AllahLah kita akan dikembalikan.

**Kita biasa dengar kisah nabi Yusuf a.s adalah seorang manusia yang cantik,
kacak, rupawan. Tapi yang paling cantik, kacak, dan rupawan didunia ialah
nabi Adam a.s. Ini kerana nabi Adam a.s, Allah sendiri yang cipta n bentuk
rupa nabi Adam a.s. berbeza dgn nabi Yusuf a.s yang lahir dari rahim seorang
ibu.Walaubagaimanapun, setiap makhluk ciptaan Allah ada kecantikannya
tersendiri.

1 comments:

Anonymous said...

hi pakcik AWE!