ASSALAMUALAIKUM... Bejumpa lagi kita dalam blog ni.Izinkan pakcik isi artikel kat sini yerk. pakcik nak minx izin drp ktua blogger ni, saudara firdaus anasfikri.
Kita selalu mendengar kisahnya Nabi Adam AS.Dan kita juga terlalu
tahu tentang kejadianya manusia itu adalah dari tanah. Tetapi apakah kita
tahu akan tanahnya itu? Apakah kita tahu akan prosesnya kejadian itu?
Mari kita baca kupasan yang sedikit ini, mudah-mudahan kita lebih mengetahui tentangnya dan Insyaallah dapatlah kita mempelajarinya bersama-sama.
Berpesan-pesanlah pada kebaikan dan berpesan-pesanlah pada
kesabaran. (Al-A'ssr)
BETAPA PAYAHNYA MALAIKAT-MALAIKAT MEMINTA TANAH DARI BUMI UNTUK
NABI ADAM AS (ABUL BASYAR/Bapa segala manusia)
Pada suatu ketika, Allah SWT menitahkan kepada malaikat Jibril
supaya turun ke bumi untuk mengambil sebahagian tanahnya untuk mencipta
Adam. Akan tetapi apabila beliau sampai ke bumi, bumi enggan membenarkan tanahnya diambil untuk dijadikan Adam kerana bumi kuathir Adam akan menjadi
maksiat kepada Allah. Lalu Jibril kembali ke hadrat Allah memberitahu bahawa ia
tidak dapat berbuat apa-apa apabila mendengar mendengar sumpah bumi.
Setelah itu, Allah memerintah malaikat Mikail. Jawapan bumi masih
sama lalu Allah memerintahkan malaikat Israfil dan jawapan bumi masih
tidak berganjak. Masing-masing kembali dengan jawapan yang hampa.
Akhirnya, Allah menyuruh malaikat Izrail turun ke bumi.
Kata Allah :
"Hai Izrail! Engkaulah kini yang aku tugaskan mengambil
tanah. Meskipun bumi bersumpah-sumpah dengan ucapan, jangan engkau
mundur. Katakan bahawa kerjamu atas perintah dan atas namaKu."
Apabila Izrail turun ke bumi dan menyampaikan perintah Allah kepada
bumi, maka akhirnya bumi mengizinkan tanahnya diambil. Setelah Izrail mengambil beberapa jenis tanah,kembalilah ia ke hadrat Allah.
Lalu Allah berfirman:
"Ya Izrail, pertama engkau yang Ku tugaskan mengambil tanah, dan kemudian di
belakang hari kelak akan kutugaskan engkau mencabut roh manusia."
Maka kuathirlah Izrail kerana bimbang akan dibenci oleh umat
manusia.
Lalu Allah berfirman lagi:
"Tidak, mereka tidak akan memusuhi kamu. Aku yang mengaturnya, dan
aku jadikan kematian mereka itu bersebab antaranya terbunuh,
terbakar, sakit dan sebagainya.
JENIS TANAH YANG DIGUNAKAN:
1. Tanah tempat bakal berdirinya Baitul Mugaddis
2. Tanah Bukit Tursina
3. Tanah Iraq
4. Tanah Aden
5. Tanah Al-Kautsar
6. Tanah tempat bakal berdiringa Baitullah
7. Tanah Paris
8. Tanah Khurasan
9. Tanah(Babylon)
10. Tanah India
11. Tanah syurga
12. Tanah Tha'if
Menurut Ibnu Abbas:
1. Kepala Adam dari tanah Baitul-Muqaddis
kerana disitulah berada otak manusia,dan disitulah
tempatnya akal.
2. Telinganya dari tanah Bukit Thursina,
kerana dia alat pendengar dan tempat menerima nasihat.
3. Dahinya dari tanah Iraq,kerana disitu tempat
sujud kepada Allah.
4. Mukanya dari tanah Aden, kerana disitu tempat
berhias dan tempat kecantikan.
5. Matanya dari tanah telaga Al-Kautsar, tempat
menarik perhatian.
6. Giginya dari tanah Al-Kautsar, tempat
memanis-manis.
7. Tangan kanannya dari tanah Kaabah, untuk mencari
nafkah dan kerjasama,sesama manusia.
8. Tangan kirinya dari tanah Paris, tempat
beristinjak
9. Perutnya dari tanah Babylon. Disitulah tempat
seks(berahi)dan tipudaya syaitan untuk menjerumuskan
manusia ke lembah dosa.
10. Tulangnya dari tanah Bukit Thursina, alat peneguh
tubuh manusia.
11. Dua kakinya dari tanah India, tempat berdiri dan
jalan.
12. Hatinya dari tanah syurga Firdaus, kerana
disitulah iman, keyakinan,ilmu,kemahuan dan sebagainya.
13. Lidahnya dari tanah Tha'if, tempat mengucap
Syahadat,bersyukur dan berdoakan kepada Tuhan.
Oklah setakat nilah dulu pakcik dapat tulis. Nanti ble pakcik tulis panjang2
Adik2 malas baca plak, lagi teruk tak baca langsung.....
kisah ni ade sambungannya.....
ASSALAMUALAIKUM WA RAHMATULLAHI WA BARAKATUH
WA JAZAKUMULLAHU KHAIRAN KATHIRA...
Aktiviti hujung minggu:Main bowling
13 years ago
1 comments:
Comment puis-je transférer les paramètres de Firefox à partir d'un ordinateur à un autre?
Post a Comment