Would I be guided?
Would I be strong?
Would I be protected from evil and wrong?
Would I hear my CREATOR's Words?
Would I hear HIM describe the birds?
Would I know the stories of the old?
Would I realise their worth in gold?
WHERE WOULD I BE WITHOUT THE QURAN?
Would I find safety when others fear?
Would I find peace whilst sitting here?
Would I be happy when others are sad?
Would I be protected from going mad?
Would I be patient when thing get tough?
Would I be firm when the seas are rough?
WHERE WOULD I BE WITHOUT THE QURAN?
Would I get to know the ONE above?
Would I increase for HIM my love?
Would I be aware of the DAY to come?
Would I value what is worthless to some?
Would I be able to sleep at night?
Would I be able to see with HIS light?
WHERE WOULD I BE WITHOUT THE QURAN?
Would I have examples to follow?
Would I rejoice when others are in sorrow?
Would I have fear of the Burning Fire?
Would I be at the bottom of the sea, and have hope, that one day, my LORD will release me?
Isu yang dibangkitkan pun bukanlah isu baru. Ia dibincang dan disebut sudah begitu lama. Ada yang sudah berbuih mulut menegur tapi tidak diambil endah oleh artis, selebriti, pengamal media dan pengamal seni. Ia biasanya berlalu begitu sahaja tanpa tindakan yang bersungguh dari semua pihak. Ternyata nyanyian, hiburan dan pesta-pestaan menjadi agenda penting dalam kehidupan seharian masyarakat. Apatah lagi kalau jelas nyanyian, hiburan dan pesta itu bercanggah dengan prinsip Islam dari aspek halal haramnya. Namun seolah-olah semuanya itu tidak dipedulikan. Tidak ada tanggungjawab sebagai umat Islam. Tidak ada rasa bersalah terhadap Allah. Tidak ada prihatin pada agama. Tidak ada perasaan terhadap baik buruk anjuran agama. Kehidupan seharian seakan kosong tanpa nyanyian, hiburan dan pesta. Dari asasnya, aktiviti tersebut tidak bercanggah dengan Islam. Nyanyian dibenarkan, tapi bagaimana? Hiburan ada dalam Islam tapi bagaimana? Pesta boleh diterima tetapi pengisiannya macamana? Apa yang berlaku dalam kehidupan seharian kini, aktiviti-aktiviti tersebut dibuat dengan tidak pernah mempedulikan syariat. Batas pergaulan, cara berpakaian, aurat, melalaikan-semuanya tidak dijaga. Adakah hidup hanya untuk berhibur, menyanyi dan berpesta? Kalau demikianlah sifatnya, maka kita termasuk di dalam maksud firman Allah:“…Orang-orang yang kafir (engkar) menikmati kesenangan di dunia serta mereka makan minum sebagaimana binatang-binatang ternak makan minum..’ Muhammad:12
Atau lupakah kita kepada tanggungjawab sebagai khalifah Allah di atas mukabumi ini? Allah berfirman, maksudnya: ‘Sesungguhnya Aku jadikan di bumi itu khalifah’ al-Baqarah:30Al-Mawardi menyebut berkenaan khilafah: ‘Menegakkan din (Islam) dan mengurus dunia dengan Islam’. Justru, keberadaan kita di atas mukabumi sebenarnya menanggung bebanan tanggungjawab besar bagi memakmurkan bumi ini dengan segala kehendak Allah melalui peraturan-peraturan yang telah ditetapkan olehNya. Turunnya al-Quran, diutusNya Nabi adalah dengan tujuan bagi memanifestasikan kehidupan sebagai khalifah Allah di atas mukabumi itu. Atau kita mencari ketenangan jiwa dengan nyanyian, hiburan dan pesta itu? Kalaulah demikian, maka kita sebenarnya silap. Tidak ada ketenangan jiwa dalam aktiviti yang bercanggah dengan syariat. Yang ada hanya keserabutan fikiran dan memberontaknya jiwa, kerana makanan yang diberi sebenarnya sudah silap. Kita memberikan racun kepada jiwa, bukannya baja. Kita merosakkannya, bukan menyuburkannya.
Kesan dari rosaknya jiwa itulah yang terpancar dalam masyarakat- rumahtangga keberantakan, gejala sosial berleluasa, keruntuhan akhlak menggila. Kalau mahu mencari ketenangan jiwa, ia ada dalam maksud firman Allah: ‘Ketahuilah, dengan mengingati Allah itu jiwa akan tenang.’ Al-Ra’d:28
Ramai manakah di antara kita yang solat? Berapa ramai yang mendekati al-Quran? Siapa yang hati atau mulutnya sentiasa dengan zikrullah? Atau lebih selesa dengan lagu dan lagu sahaja?
Mereka yang jiwanya tenang dengan mengingati Allah tidak perlukan pub, disko, konsert Jom heboh, Akademi Fantasia, GangsStarz, Malaysian Idol, program hiburan melalui tv, radio, majalah dan segala jenama hiburan yang begitu sarat dalam kehidupan kini yang bercanggah dengan syariat.
Kuberfikir..
Lelaki diakhir zaman ini
Payah untuk kutemui
Yang benar-benar sibuk
dengan urusan baiki diri
Yang ada kini hanya
Sibuk dengan urusan mengumpul dunia
Walau diketahui dunia ini hanya penuh tipu daya
Keberfikir..
Lelaki diakhir zaman ini
Susah untuk kutemui
Yang benar-benar takut pada Ilahi
Sentiasa mendambakan kasih Ilahi
Yang ada hanya mengharapkan kasih insani
Yang melalaikan orang dan diri sendiri
Kuberfikir..
Lelaki diakhir zaman ini
Sukar untuk kutemui
Ahli profesional yang bertaqwa
Yang benar-benar meletakkan Islam dijiwa
Menggunakan profesionnya sebagai matlamat keakhirat sana
Yang ada hanya ahli profesional yang lalai dan leka
Yang hidupnya lebih berat dari barat
Ibadah dan amal terasa amat berat
Kuberfikir..
Lelaki diakhir zaman ini
Payah untuk kutemui
Yang sentiasa bergelumang dengan majlis ilmu yang bermanfaat
Yang sanggup bersusah dan penat
Dalam mengejar dan memahami ilmu yang berkat
Yang ada kini hanyalah berbangga dengan ijazah yang ada
Tapi ilmu fardhu ainnya kosong belaka
Kuberfikir..
Lelaki diakhir zaman ini
Susah untuk kutemui
Yang suka berbincang tentang ilmu akhirat
Syahid yang sentiasa menjadi matlamat
Mensyiarkan Islam dan menjunjung syariat
Yang ada cuma menghidupkan sunnah barat
Dan melupakan kehidupan akhirat
Kuberfikir..
Lelaki diakhir zaman ini
Sukar untuk kutemui
Yang sentiasa bermunajat dan berzikir
Sentiasa bertafakkur dan berfikir
Sunnah Rasulullah cuba dipahat dan diukir
Namun kutetap berfikir..
pasti masih ada lagi
Lelaki diakhir zaman ini
Seperti yang kufikir..