BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, May 27, 2007

Dilema Pelajar SBP

Para pelajar yang memasuki Sekolah Berasrama Penuh (SBP) sering dianggap istimewa. Seringkali gambaran yang positif diberikan oleh orang luar terhadap sesebuah SBP seperti Sekolah Sains.

Dalam sesebuah SBP, terdapat juga beberapa golongan pelajar yang dianggap sebagai "jahat" atau "taiko" dan sebagainya. Golongan ini yang selalunya terdiri daripada para pelajar senior, akan menggunakan kuasa senior mereka untuk menekan pelajar junior. Walau bagaimanapun, tidak dapat dinafikan juga bahawa terdapat juga pelajar junior yang bertindak kurang ajar terhadap senior.

Pada pendapat peribadi saya, antara punca yang menyebabkan perkara ini berlaku ialah:
1. Sebagai junior, mereka mesti menghormati senior.
2. Sebagai senior pula, mereka mempunyai "keistimewaan" berbanding junior.
3. Senior ingin menunjukkan kekuasaan mereka di sekolah tersebut.
4. Senior ingin melihat segala-galanya berjalan mengikut rentak mereka.

Namun, memang tidak dapat dinafikan bahawa sebagai junior, mereka perlu menghormati yang senior. Walau bagaimanapun, sekiranya senior menganggap junior hanya sebagai "pak turut", hanya sebagai pesuruh, hanya sebagai pembeli makanan-makanan yang enak di kantin, hanya sebagai pembeli roti coklat jenama Panasonic di kantin, hanya sebagai sumber hasil dalam negeri di dormitori mereka dan sebagainya lagi, adakah ini adil bagi junior?

"….. Dan berbuat baiklah kepada dua orang ibu-bapa, karib-kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, tetangga yang dekat dan tetangga yang jauh, teman sejawat, ibnu sabil dan hamba sahaya kami. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong dan membanggakan diri." -surah an-Nisaa', ayat 36.

Namun, kita juga tidak hanya boleh menyalahkan senior sahaja. Seringkali juga, para pelajar junior bersikap kurang ajar dan tidak menghormati langsung akan senior mereka.
Junior jenis ini menganggap bahawa senior tidak mempunyai apa-apa hak langsung ke atas dirinya dan oleh yang demikian, dia boleh melakukan sesuatu yang drastik seperti melaporkan kepada warden sekiranya dia diminta tolong oleh senior.

Namun, kita perlu juga lihat kepada BENTUK pertolongan yang diminta oleh senior tersebut. Sekiranya permintaan mereka adalah melampaui batas dan melangkaui had laju yang ditetapkan, maka junior tidak berhak mengikutinya dan melaporkan kepada warden adalah sesuatu yang wajar.

Walau bagaimanapun, sekiranya senior tersebut meminta tolong secara ikhlas, pada pendapat saya, memang bagus sekiranya junior menolong. Allah akan memberi balasan kepada mereka yang tolong-menolong.

"Bagi orang-orang yang berbuat baik, ada pahala yang terbaik (syurga) dan tambahannya. Dan muka mereka tidak ditutupi debu hitam dan tidak (pula) kehinaan. Mereka itulah penghuni syurga, mereka kekal di dalamnya." -surah Yunus, ayat 26.

Sebelum saya meletakkan tanda noktah, saya ingin meminta maaf sekiranya artikel ini menyinggung ketenteraman fikiran sesiapa.


Wallahua'lam.

1 comments:

Zafer Muslim said...

perkara yg amat baik untuk dibincangkan.. :)..Perkara yg sekian lama berlaku di sbpit...aku x masuk k...