BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, January 3, 2008

tazkirah

firstly,artikel2 yg diberi x berniat utk menyinggung perasaan sesiapa... sekadar perkongsian bersama...bersama-sama kita berpesan kpd kebenaran dan kesabaran....Betapa indahnya budaya saling menghormati, menasihati, dan mengingatkan dalam kebaikan karena dari sanalah rasa percaya diri akan tumbuh...
assalamualaikum.....sekadar ingin berkongsi...


1. Jika anda makan satay, jangan pula lupa timunnya, sebabnya
memakan satay bersama karbon yang terhasil selepas
pembakaran akan mendatangkan kesan karsinogen! Apa bendanya
karsinogen tu? (Ianya ialah suatu keadaan yang menyebabkan
barah). Timun pula adalah anti-karsinogen.

2. Jangan makan udang selepas mengambil pil vitamin C! Yang mana
anda akan mati keracunan Arsenik dalam beberapa jam sahaja. Ini
termasuk pengambilan jus & buah oren.

3. Bagi penggemar makanan ni "Bah Kut Teh". Banyak orang Cina suka
makan yang ni, lihatlah sebelum terlambat. Cuba tuangkan Coke
(minuman bersoda) atas kepingan daging babi tu dan tunggu
sekejap, anda boleh tengok ulat berenyut-renyut keluar dari sana.
Fakta diperolehi dari 'Health Corporation of Singapore'.

4.Barah akibat penggunaan bahan dalam shampoo. Balik rumah dan pergi
periksa. Tukarlah ke jenama lain sebelum terlambat, jika kandungan
dalam shampoo anda mengandungi Sodium Laureth Sulfate atau
ringkasnya SLS. Bahan ini akan menyebabkan barah dalam jangka
masa yang panjang dan ini bukannya jenaka. Shampoo yang disahkan
mengandungi bahan ini ialah; VO5, Palmolive, Paul Mitchell,
L'Oreal, Hemp Shampoo terbaru keluaran body shop, Nature Force dan
lain-lain lagi. Shampoo Clairol's Herbal Essence adalah satu-
satunya yang mengandungi Sodium Laureth Sulfate secara tunggal.
Meskipun pertanyaan telahpun dibuat terhadap syarikat ini dan
jawapan dari mereka ialah, "Ya memang kami dah tahu masalah ini
tetapi kami tidak boleh melakukan apa-apa kerana kami memerlukan
bahan yang boleh mengeluarkan busa yang banyak". Dalam pada itu,
Pasta Colgate & Dee Dee (untuk kanak-kanak)turut mengandungi bahan
yang sama untuk penghasilan busa.

5. Kepada penggemar makanan jenis mee segera (tak kiralah maggi,
koayteow dsb), Pastikan berhenti makan dulu sekurang-kurangnya 3
hari selepas mengambil mee segera sebelum mengambil
paket yang seterusnya.
Maklumat yang dikongsi bersama dengan seorang doktor. Keluarga
saya telah menghentikan pengambilan makanan ini setelah mendapat
tahu berkenaan salutan wax ke atas makanan ini. Inilah yang
menyebabkan mee segera tidak melekat antara satu sama lain
apabila dimasak.
Telah dinyatakan terdahulu melalui SEORANG AKTOR dari SBC
(sekarang ni dikenali sebagai TCS). Beberapa tahun lalu, yang
mana kariernya membuatkan beliau sangat sibuk untuk memasak,
jalan mudah mengambil mee segera setiap hari. Kemudiannya beliau
disahkan menghidap barah. Barahnya disebabkan wax dalam mee
segera.
Doktor juga memberitahu yang badan manusia memerlukan 2 hari
untuk membersihkan wax dari sistem badan.
Seorang lagi mangsa yang serupa ialah Pramugara dari SIA yang
mana setelah berpindah dari rumah ibunya ke rumahnya sendiri, Dia
tidak memasak tetapi kerap makan mee segera. Dia didapati
menghidap barah dan mati selepas itu.
Sekarang ini tindakan memakan mee segera bolehlah diistilahkan
sebagai makan untuk mendapat barah'. Kalau istilah James
Bond
, 'Licence to kill!'

6. Bawang Goreng segera, Seorang kawan melawat kesebuah perusahaan
kecil membuat bawang goreng, dan melihat terdapat banyak straw
minuman. Yang bewarna dan tidak bewarna diasingkan.
Apa yang mengejutkan ialah straw yang tidak bewarna dicampur
bersama gorengan bawang yang bertujuan apabila plastik straw
tersebut dipanaskan, ianya melebur lantas menyaluti bawang
tersebut. Sebab itulah kalau bawang goreng segera yang dibeli
terdedah kepada udara tak akan lembik tapi kalau kita
buat sendiri lembik dalam masa yang singkat sahaja. Sebarkanlah
maklumat ini kepada orang-orang yang anda sayangi dan pengguna
yang masih belum disedarkan lagi.
Tiada manusia yang tidak diuji dengan tekanan,sama ada di rumah,pejabat atau keluarga,tekanan tetap ada.Malah tekanan dianggap sebagai lumrah dalam perjuangan dan hidup manusia.
Bagaimanapun, Rasullulah memberikan penawar untuk berdepan tekanan seperti sabda baginda yang bermaksud:
"Sesungguhnya org mukmin akan menerima tekanan hidup kerana tidak ada satu bencana sama ada kerana terkena duri atau yg lbh besar,tidak juga ketakutan melainkan Allah akan mengangkat darjatnya satu darjat dan menghapuskan suatu kesalahan dengan kesabarannya menghadapi bencana dan kesusahan tersebut" (Riwayat Al-Hakim ).
Ingatlah bhw ujian selalu seiring dengan perjuangan.Oleh itu,ia tetap memerlukan bekalan iman,sabar dan istiqamah.Ujian dijadikan Tuhan untuk mengukur tahap keimanan seseorangan itu kepada Allah dan seluruh ajaran-Nya adalah benar dan diikuti oleh perlakuan dan tindakan atau hanya terhenti di mulut sahaja.
Umat Islam diuji dengan 5 perkara iaitu saudara seagama yang sentiasa dengki terhadapnya,orang munafik yang sentiasa membencinya,orang kafir yang sentiasa memeranginya,syaitan yg sentiasa berusaha utk menyesatkannya dan bisikan hawa nafsu yang sentiasa menggoncang imannya.Semuanya ini menuntut tahap kesabaran yang tinggi dalam diri insan itu.
Lawan bagi sabar ialah mengeluh dan ia merupakan perbuatan yg dilarang oleh agama.krn ia akan melemahkan semangat menimbulkn perasaan putus asa.sedangkan Allah berfirman,"Tiap-tiap kesusahan disertai kemudahan" (al-Insyirah :6 )
Yang penting,sematkan dalam hati,tanpa masalah,tidak akan lahir kematangan krn pengalaman dlm menyelesaikan masalah adalah guru terbaik dlm menjamin kejayaan dlm kehidupan.

Semakin gemar berdoa untuk kebaikan bagi orang lain, semakin mustajab doa kita. Saat itu para malaikat turut berdoa untuk kebaikan kita.

Kata Hikmat

Rasulullah pernah bersabda :

Cintailah sesuatu itu sekadar saja. Berkemungkinan ia akan menjadi kebencianmu pada suatu seketika.

Bencilah yang engkau benci itu sekadar saja, berkemungkinan ia akan menjadi kecintaanmu pada suatu ketika.

Jatuh kali pertama itu pelajaran
Jatuh kali kedua itu kelalaian
Jatuh kali ketiga itu kebodohan
Jatuh kali keempat itu peringatan
Jatuh kali kelima itu kegagalan
Jatuh berulangkali itu kejayaan...


Manusia selalu tertumpu hanya pada satu pintu kebahagiaan yang telah tertutup,
Sehingga lupakan pintu bahagia yang lain terbuka untuknya,
Bilamana dia tersedar, pintu-pintu itu telah tertutup buatnya..


Manusia ketika lahir dia menangis, dan orang sekeliling tersenyum,
Hiduplah sebaiknya dengan penuh manfaat,
Agar bila kau mati kelak, kau tersenyum dan yang di sekelilingmu menangis pula..


Lahirnya kita diazankan di telinga,
Matinya kita kelak disembahyangkan,
Pendeknya kehidupan ini hanya sedetik di antara azan dan solatnya..


Bersyukurlah pada ni'mat-ni'mat kurniaan Allah,
Kerana setiap ni'mat itu nilainya kehidupan kita,
Tak percaya?
Cuba tutupkan sebelah sahaja matamu,
Sebahagian dunia ini lenyap dari pandanganmu..

0 comments: