BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, February 28, 2008

Sape lahir bulan MAC?

ni rahsia bulan kelahiran ya all!

MAC

* Berpesonaliti menarik dan menawan.
* Mudah didampingi.
* Sangat pemalu dan pemendam rasa.
* Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati.
* Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran.
* Suka pada kedamaian.
* Sangat peka pada orang lain.
* Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain.
* Tidak cepat marah dan sangat amanah.
* Tahu membalas dan mengenang budi.
* Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam.
* Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal.
* Suka berangan-angan.
* Suka melancong.
* Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi.
* Kelam kabut dalam memilih pasangan.
* Suka dengan hiasan rumahtangga.
* Punya bakat seni dalalm bidang muzik.
* Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik.
* Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan

Berminat dengan Institut Pendidikan Mara?

Assalamualaikum
sape yang minat dengan institut pendidikan mara IPMa ni boleh lah mohon kat laman web die ni eh..klik kat sini.

Mase fair jom msk u sy gi lah booth die n die ckp mule2 mara bg pinjaman tp kalo sape yg dpt cgpa 3.5 keatas akan diberi biasiswa..x tau ah tol ke x...sbb kalo x silap sy kakak tu ckp cmtu ler..hehe..so kalo de pape mslh boleh lah hntr emel kat enquiry die..saye cume nak bitau je kat sini..untuk maklumat dan tindakan..roger n out~!

Program Kepimpinan Tun Abdul Razak

Assalamualaikum
hari senin yang lepas kp n pkp kite ikwan n husna telah mghadiri intrvw tuk ke program kepimpinan tun abdul razak ni..x tau ngat benornye nde program ni..kite doakan ler agar dorg berjaya dipilih tuk memasuki program tu k..tahun lps firmad sorg je yg dpt..

Inheritance

Assalamualaikum
orang sume sibuk tentang plhn ry yang nak dkt ni. hrtu sy tgk MHI die interview org terkenal gak ah dah lupe name dorg..hehe..ckp sal topik inheritance ni...mcm X-ketua menteri srwk die nye ank lak jd calon..anak tun dr mahathir mukhriz mahathir jd calon gak..ade yang menantu "org lame" dalam pentadbiran negara pun jd calon..anak anwar ibrahim izzah pun jd calon..sume nye sbb inheritance kan..mane x tumpah nye tuah kalo x ke nasi..hehe..cmtu gak kat skolah kite ni...ramai mmbr2 kite ni de gak yang darah daging nye ditempatkan kat sbpitem ni..ni list die:

shikin adek spupu die
judin adek pmpuan die
naak adek laki die
juni adek pmpn die
aisyah syahirah adek pmpn die

kalo tgk kan syikin ketua rumah,judin ketua asrama,naak ajk buletin,juni pandai hias kls,aisyah atlet skolah..sume ade POWER msg2..so hrp2 lah darah daging dorg ni yang br msk skolah tuk 2nd intake form 1 ni dpt jd mcm abg n kakak dorg...dgr citer adik juni ni mcm nicol ann david..wahh..maju ah skolah kite dlm koku nnti..bgge cg razali..hehe...ni je lah kot news buat ms ini..nnti smbg plak k..thanx kat bebudak yang aktif kat forum alumni kerana bg something tuk dpostkan kat sini sbb dh x tau nk post pe dh..hehe..yang len tu bg ah cdgn k..jgn asyik mengharapkan org post bite br tp dr sndr x bg info ek..thank you!

assalamualaikum!

Thursday, February 14, 2008

Hari kekasih......boleh ke tak....?

Umat Islam kini berhadapan dengan
cabaran dan ujian yang semakin rencam.
Biarpun penjajahan bentuk ketenteraan
tidak lagi berlaku tetapi kita masih
diserang kiri dan kanan setiap hari.
Ini terutamanya melalui pelbagai promosi
oleh golongan kufar yang tidak
senang terhadap orang Islam. Ini
termasuk mengkomersialkan sambutan Hari
Kekasih pada setiap 14 Februari agar
orang Islam turut sama merayakannya.
Sikap ingkar mereka dijelaskan menerusi
firman Allah, Orang-orang Yahudi
dan Nasrani tidak sekali-kali akan
bersetuju atau suka kepadamu (wahai
Muhammad) sehingga engkau menurut agama
mereka (yang telah terpesong
itu)... (al-Baqarah: 120)

Kepada wartawan MOHD. RADZI MOHD. ZIN
dan jurufoto HAYAT SUEET, Dekan
Pembangunan Mahasiswa Kolej Universiti
Islam Antarabangsa Selangor (KUIS),
Muhammad Subari Ramli mengulas hal ini.

MEGA: Apakah konsep kasih sayang menurut
Islam?

SUBARI: Islam meletakkan cinta yang
paling agung adalah kepada Khalik atau
Pencipta iaitu Allah s.w.t.
Bagaimanapun, pada masa yang sama Islam
tidak
menolak naluri kasih sayang yang
diciptakan kepada makhluk. Namun, kasih
sayang ini masih terbatas dan tidak
boleh melebihi cinta kepada Pencipta.
Dalam konteks cinta yang merata ini ia
meliputi bukan sahaja kepada tuhan,
manusia dengan manusia tetapi juga
manusia kepada makhluk lain ciptaan
Allah. Contohnya kepada haiwan dan
tumbuhan juga perlu diberi kasih sayang.
Cuma ia tentunya berbeza dengan kasih
sayang sesama manusia.
Rasulullah s.a.w bersabda dalam satu
hadis yang bermaksud, rahmatilah apa
yang ada di bumi maka yang di langit
juga akan merahmati kamu.
Dalam Islam, bandingan kasih sayang
Muslim itu ibarat satu tubuh apabila
dicubit paha kanan paha kiri pun terasa
sakitnya.


Para sahabat Rasulullah dahulu semuanya
mendahulukan cinta kepada Allah dan
Rasul melebihi diri sendiri. Mengapa
perasaan begitu tidak ada lagi dalam
diri kita hari ini?

SUBARI: Antara sebabnya kita tidak lagi
dibentangkan dengan kisah-kisah
iktibar seperti cintanya khalifah Abu
Bakar kepada Rasulullah s.a.w yang
melebihi daripada cinta kepada diri
sendiri.
Demikian juga kerelaan Saidina Ali
menggantikan Rasulullah s.a.w di tempat
tidurnya dalam peristiwa hijrah Baginda
bersama Abu Bakar. Pada logik akal,
sudah tentu menjadi pengganti Rasulullah
s.a.w itu bakal berhadapan maut
tetapi kerana kasihkan Baginda, Saidina
Ali sedia berkorban.
Namun, kini kita sering dibentangkan
dengan slogan seakan-akan keagungan
cinta sesama manusia itu melebihi
daripada yang lain. Ia disajikan kepada
kita hampir setiap hari menerusi media
massa terutamanya menerusi
televisyen seperti filem-filem hindustan
dan sebagainya.
Pendek kata, kita tidak ada asuhan dalam
konteks pembinaan akidah bagi
merasai atau memberi kasih sayang dalam
erti kata mentaati Pencipta.
Malah, apa yang sering berlaku, apabila
menonton filem hindustan ramai yang
melewat-lewatkan solat dan mungkin juga
ada yang terlepas solat dek asyik
menonton. Lebih malang lagi, mungkin
inilah sikap orang dewasa khususnya
ibu bapa yang kemudiannya diteladani
oleh anak-anak.


Dalam ayat 120 al-Baqarah ditegaskan
tentang orang kafir itu tidak akan
reda selagi kamu tidak mengikuti mereka.
Namun, masih ada umat Islam yang
terpengaruh dengan perbuatan golongan
kafir antaranya menyambut Hari
Kekasih. Kenapa ini masih berlaku?

SUBARI: Pertama, kita perlu bentangkan
maklumat sebenar tentang kisah Hari
Kekasih ini. Melalui sejarah Valentine
meskipun mempunyai pelbagai versi,
jelas ia dapat disabitkan dengan budaya
Kristian yang menyatakan
Valentine´s Day untuk memperingati
kematian tragis seorang Paderi iaitu St.
Valentine yang dibunuh oleh Raja Romawi
yang bernama Raja Claudius II
(268-270M).
St. Valentine dihukum bunuh kerana
mengahwinkan ramai askar secara rahsia
sedangkan undang-undang Rom ketika itu
menghalang golongan muda berkahwin
atau berkeluarga sebaliknya dikerah
untuk menjadi tentera.
Dia juga adalah ikon kasih sayang yang
diwujudkan oleh Pope Gelasius I
(496M) untuk mendekatkan masyarakat Rom
kepada agama Kristian melalui satu
sambutan perayaan gereja. Ia juga bagi
menyaingi perayaan Paganisme Romawi
kuno iaitu Lupercalia (perayaan untuk
Dewa Lupercius dengan mempersembahkan
korban binatang).
Apabila fakta ini sudah dibentangkan
maka remaja Islam khususnya boleh
membaca dan memahami mengapa Islam
melarang sambutan Hari Kekasih.
Kedua, pada masa yang sama, media boleh
membantu dengan mengurangkan aspek
komersial program-program yang menjurus
kepada ikutan agama lain.
Mengikut sejarah, orang Nasrani pun
tidak merayakan hari ini tetapi apabila
dikomersialkan maka sambutannya terus
melonjak. Seolah-olah ia mesti
dirayakan setiap tahun.
Ketiga, kita juga perlu menjelaskan
hukum Islam terhadap sambutan ini.
Mufti Perak, Datuk Seri Harussani
Zakaria pada tahun 2004 menyatakan bahawa
menyambut Hari Kekasih adalah diharamkan.
Apabila ada unsur ritual agama lain dan
kita pula sama-sama raikannya,
seakan-akan kita reda dengan perbuatan
menyekutukan Allah (syirik)
sedangkan syirik adalah dosa yang tidak
terampun.
Ini ditegaskan dalam mafhum-Nya,
Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan
dosa orang yang mempersekutukan- Nya
dengan sesuatu dan akan mengampunkan
(dosa) selain kesalahan (syirik) bagi
sesiapa yang dikehendaki- Nya...
(al-Nisa´: 116).
Ada yang mendakwa perbuatan menyambut
Hari Kekasih ini hanyalah budaya dan
suka-suka bukannya melibatkan akidah.
Betulkah pendapat begini?
SUBARI: Pendapat sebegini adalah
berdasarkan nafsu semata-mata. Lazimnya,
orang bercinta atau sedang angau akan
ketepikan fikiran yang waras.
Ijmak ulama memutuskan bahawa
keterlibatan seseorang dalam ritual agama
lain adalah salah satu unsur fasik dan
merosakkan akidah.


Dalam sebuah hadis, Baginda s.a.w
mengingatkan, "Barang siapa menyerupai
satu kaum, maka dia termasuk golongan
mereka". (riwayat Imam Abu Daud)
Pendek kata, umat Islam tidak boleh
mencampur-adukkan akidah dan
peribadatan agama Islam dengan akidah
dan peribadatan agama lain.
Ini berdasarkan firman Allah yang
bermaksud, Katakanlah (wahai Muhammad):
Hai orang kafir. Aku tidak akan
menyembah apa yang kamu sembah dan kamu
tidak mahu menyembah (Allah) apa yang
aku sembah. Dan aku tidak akan
beribadat secara kamu beribadat dan kamu
pula tidak mahu beribadat secara
aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan
bagi aku agamaku. (Al-Kafirun:
1-6)
Tetapi kalau kebetulan kita membeli
hadiah untuk isteri atau suami tanpa
niat sambut Hari Kekasih itu tidak
salah. Yang penting jangan ada niat
walau sedikitpun untuk meraikan hari
tersebut.
Kalau ada sedikit niat untuk sama-sama
meraikannya, maka hendaklah
cepat-cepat kita sedar dan beristighfar.
Sebabnya, perkara ini walaupun
nampak enteng tetapi menjejaskan akidah.
Jangan kita diperdayakan oleh syaitan
yang telah bersumpah memperelokkan
maksiat kepada kita dalam usaha
menyesatkan umat Islam. Ini ditegaskan oleh
Allah dalam surah al-Hijr ayat 39.


Bagaimana pula Islam mengajar umatnya
dalam berkasih sayang terutama kepada
ibu bapa, suami isteri dan keluarga?

SUBARI: Pertama, Islam tidak ada tempoh
masa tertentu untuk kita pamerkan
kasih sayang. Sayangnya, dalam
masyarakat Melayu ada kecenderungan hanya
pilih waktu tertentu contohnya mohon
maaf hanya bila tiba Hari Raya
Aidilfitri.
Sebenarnya, kasih sayang ini perlu
ditunjukkan setiap masa. Contohnya kasih
kepada isteri dan anak-anak. Orang muda
mestilah mengasihi yang lebih tua
dalam erti kata menghormati mereka.
Kedua, motivasi berkasih sayang
berdasarkan tuntutan agama. Kita
mengasihani mereka kerana agama ini
menuntut demikian. Bukan kerana harta
mereka atau sebagainya.
Malah, ketaatan kita juga tidak melampau
sehingga sanggup melakukan
kejahatan atau maksiat semata-mata
memenuhi kehendak mereka.
Ketiga, pamerkan kasih sayang kita.
Tunjukkan melalui tutur kata dan
tindakan yang baik. Pendek kata,
tunaikan segala tanggungjawab yang
dianjurkan oleh syarak kepada mereka.
Lebih daripada itu, tidak salah
mempamerkannya sekali-sekala melalui
pemberian hadiah atau ucapan cinta.
Allah yang Maha Pencipta tetap mengasihi
hamba-Nya tanpa perlu sebab atau
balasan. Malah Allah tetap melimpahi
nikmat walau dibalas dengan
kemungkaran. Di sinilah beza kasih kita
berbanding sifat Maha Pengasih
Pencipta

Wednesday, February 6, 2008

Daftar UPU sekarang!

assalamualaikum sumer
skrg boleh lah gi kat laman web mohe untuk memilih cos mane yang sesuai ngan korg sumer..selamat memilih eh..jangan salah pilih lak..good luck!

Tazkirah

sabda Rasulullah SAW:

barangsiapa yang hafal dan mengamalkan tujuh kalimah ini akan dimuliakan oleh Allah dan malaikat dan akan diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih di lautan..

1.bismillahhirrahmannirrahim:pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

2.alhamdulliah:pada tiap-tiap habis melakukan sesuatu.
3.astagfirrullah:jika tersilap mengatakan sesuatu yang buruk.

4.insyaallah:jika ingin melakukan sesuatu pada masa akan datang.

5.lahaulawalaquataillahbillah:bila tidak dapat melakukan sesuatu yang agak berat atau melihat sesuatu yang buruk.

6.innalillah:jika menghadapi musibah atau melihat kematian.

7.laailaahaillallah:bacalah sepanjang siang dan malam sebanyak-banyaknya.amalkanlah selalu moga-moga kita tergolong dikalangan orang yang terpilih oleh Allah.

Malaysia call on Rush to solve striking woes

KUALA LUMPUR, Feb 5 (Reuters) - Malaysian soccer chiefs are hoping to inject some Anfield magic into their forward line after recruiting Liverpool great Ian Rush to help solve the country's goalscoring problems.

The country's soccer federation is planning an upheaval of its national team after their embarrassing performance as co-hosts of last year's Asian Cup. Malaysia suffered humiliating defeats in all three of their group matches and scored only one goal. As part of the revamp, national team coach B. Sathianathan will spend three weeks with English Premier League champions Manchester United, working alongside former Real Madrid coach Carlos Queiroz, Alex Ferguson's number two. Khairy Jamaluddin, deputy president of the Football Association of Malaysia, told local media that Malaysia were struggling because of their poor quality strikers. 'Rush will be here in March... we know that our strikers are not doing very well so they should learn from him,' Khairy said. 'It is important that our coaches get experience with an international team. Sathianathan will be shadowing Carlos Queiroz for the three weeks.' Sathianathan, who replaced Norizan Bakar last August, told Tuesday's Star Newspaper: 'This a great chance for me to learn from the best. 'The national team will not be in training during that period and I can spend time learning and looking at ways to further improve our team. Malaysia were eliminated in the first round of qualifiers for the 2010 World Cup in November and have never gone beyond the group stages of the Asian Cup.

Monday, February 4, 2008

Semakan Matrikulasi

Assalamualaikum,
semakan matrik boleh dibuat sekarang sehingga 14 hb februari. sila beritahu kepada kawan-kawan yang lain yang mungkin tiada perkhidmatan internet di rumah untuk membuat semakan di cc yang berdekatan. sekian harap maklum. klik di sini!

Friday, February 1, 2008

PROGRAM PENDIDIKAN KPT BERSAMA RAKYAT 2008


Program Pendidikan KPT Bersama Rakyat Tahun 2008 bertemakan “Kecemerlangan Pendidikan Teras Pembangunan Modal Insan” bertujuan untuk mendidik dan memotivasikan para pemohon untuk mendapatkan maklumat tepat dan terkini mengenai peluang pendidikan tinggi di Malaysia.
Program ini merupakan program tahunan KPT kali ke 4 dengan tagline “JOM MASUK U”.

Majlis pelancaran Program Pendidikan KPT Bersama Rakyat Tahun 2008 untuk Zon 1 akan dilakukan oleh Y. B. Dato’ Mustapa Mohamed, Menteri Pengajian Tinggi pada 3 Februari 2008 jam 10.00 pagi di KL Sentral, Kuala Lumpur.

Program Pendidikan KPT Bersama Rakyat Tahun 2008 akan disertai bersama oleh 20 IPTA, Agensi/Bahagian di KPT seperti Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), PTPTN, MQA, IPTS, serta Agensi/Bahagian di KPM seperti Bahagian Sekolah, Bahagian Matrikulasi, Bahagian Pendidikan Guru (BPG) dan Majlis Kaunselor Negeri, JPA, MARA, Jabatan Tenaga Manusia, Kementerian Belia dan Sukan, dan lain-lain agensi yang terlibat dengan pendidikan tinggi.

Sejumlah 60 booth pameran pendidikan akan dibuka kepada pengunjung. Program ini merupakan One Stop Center (Pusat Sehenti) yang menawarkan maklumat pameran pendidikan, institusi pembiayaan, akreditasi, dan program yang ditawarkan di IPTA / Politeknik / Kolej Komuniti / IPTS serta khidmat kaunseling kepada para pemohon, ibu bapa dan komuniti setempat.

Pengunjung juga boleh menyertai kuiz, cabutan nombor bertuah dan mendapat maklumat tepat serta terkini mengenai permohonan kemasukan ke IPT.

KPT sentiasa komited untuk melaksanakan langkah-langkah pre-emptive serta perkongsian pintar dengan pelbagai agensi dalam meningkatkan mutu dan sistem penyampaian perkhidmatan pengurusan permohonan kemasukan ke IPTA. Usaha ini adalah selaras dengan dasar kerajaan untuk memperkasa dan memantapkan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan (delivery system) secara berkesan dan mesra pengguna.

Upcoming birthday!! February

aizat - 9hb februari
nad - 14hb februari
am - 23hb februari
jeni - 23hb februari

happy upcoming birthdays to all of you! semoga panjang umur dan murah rezeki!

Football Around The World

Kl World 5's
Australia 7 - 0 Malaysia
Holland 1 - 3 Iran
Indonesia 0 - 6 Argentina
Thailand 0 - 6 Brazil



Barclays Premier League
Aston Villa 1 - 1 Blackburn
Arsenal 3 - 0 Newcastle
Bolton 0 - 0 Fulham
Middlesbrough 1 - 0 Wigan
Sunderland 2 - 0 Birmingham
Chelsea 1 - 0 Reading
Derby Country 1 - 1 Man City
West Ham Utd 1 - 0 Liverpool
Everton 0 - 0 Tottenham
Man United 2 - 0 Portsmouth



Spanish Primera Liga
Sevilla 2 - 1 Osasuna
Deportivo La Coruña 3 - 1 Valladolid
Espanyol 1 - 2 Real Betis
Murcia 2 - 3 Levante
Racing Santander 2 - 2 Real Zaragoza
Recreativo Huelva 1 - 3 Getafe
Valencia 0 - 1 Almeria
Athletic Bilbao 1 - 1 Barcelona
Mallorca 1 - 0 Atlético Madrid
Real Madrid 3 - 2 Villarreal



Italian Serie A
Atalanta 2 - 2 Reggina
Cagliari 2 - 1 Napoli
Catania Calcio 0 - 0 Parma
Empoli 0 - 2 Fiorentina
Torino 0 - 0 Lazio
Udinese 0 - 0 Inter Milan
Livorno 1 - 3 Juventus
Reggina 0 - 1 AC Milan