BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, December 19, 2008

Islam itu menjaga kita

Kita perlu merenung kembali diri kita setiap hari agar sentiasa berada dalam landasan yang benar. Cuba kita renungkan kembali siapa diri kita dan dari mana asal kita. Semua antara kita percaya bahawa kita dan seluruh umat manusia berasal dari keturunan nabi adam alaihissalam. Allah menciptakan manusia selepas nabi adam dan hawwa’ dari setitis air mani. Allah menciptakan kita semua hanya atas dua tujuan utama iaitu untuk beribadah kepadaNYA dan menjadi khalifah dimuka bumi. Allah yang merupakan maha pencipta, yang telah menciptakan manusia sudah semestinya dan pasti baginya mengetahui yang terbaik bagi makhluk ciptaannya. Maka dengan itu Allah telah menurunkan dinul islam sebagai satu syariat dan panduan bagi manusia menjalaani kehidupan dengan cara yang terbaik. Bagi menyampaikan islam, diutuskan para rasul dan nabi dan diwahyukan kepada sebilangan antara mereka kitab-kitab dan hukum-hukum syara’. Maka hendaklah kita sedar bahawa yang terbaik bagi manusia adlah dengan menjalani kehidupan menurut garis panduan yang telah ditetapkan oleh Allah melalui kitab dan utusannya. Dengan kata lain agama islam itu adalah cara hidup yang terbaik buat seluruh umat manusia. Malangnya kini, manusia lebih-lebih lagi umat islam yang mengucap dua kalimah syahadah sendiri tidak yakin dan malu untuk mengikut cara hidup yang telah ditetapkan oleh Pencipta diri mereka sendiri. Saudara-saudaraku, sedarlah kita bahawa kita ini ciptaannya yang amat lemah dan hanya Allah mengetahui apa yang terbaik buat kita. Kembalilah kepada cara hidup islam yang paling tepat dan benar. Janganlah takut dan malu untuk melaksanakan cara hidup yang paling benar untuk umat manusia. Bertakwalah kita kepada Allah, dan sesungguhnya orang yang bertakwa itu adalah orang-orang yang Berjaya didunia dan akhirat. Moga Allah memberikan hidayahNya kepada kita semua..insyaAllah..aamin

0 comments: