Selain usaha dan tawakal, doa ialah satu-satunya cara untuk mencapai sesuatu hajat. Ada waktu-waktu tertentu paling mustajab untuk berdoa kepada ALLAH s. w. t. Di antaranya ialah:-
- Semasa Lailatul-Qadar.
- Ketika hujan turun.
- Ketika memulakan dan setelah selesai solat.
- Ketika menghadapi barisan musuh di medan peperangan.
- Di tengah malam.
- Di antara azan dan iqamah.
- Ketika sujud dalam solat.
- Ketika iktidal akhir dalam solat.
- Ketika khatam (tamat) membawa 30 Juz al-Quran.
- Sepanjang malam, paling utama sepertiga awal dan sepertiga akhir (waktu sahur).
- Malam Jumaat dan sepanjang hari Jumaat kerana mengharapkan bersua dengan saat ijabah (diperkenankan doa) yang terletak di antara terbit fajar hingga terbenam matahari pada hari Jumaat.
- Di antara waktu zuhur dan asar dan antara waktu asar dan maghrib.
Amalkan banyak berdoa dan yakin dengan keputusan Allah. InsyaAllah akan dimakbulkan doa hamba2nya yang beriman.
Aktiviti hujung minggu:Main bowling
13 years ago
0 comments:
Post a Comment