http://www.secret-loves.com/index.php?test=771663
try la...
mesti seronok...
Monday, May 28, 2007
Interesting!!!!
Posted by imtiaz327 at 8:32 AM 0 comments
Sunday, May 27, 2007
Dilema Pelajar SBP
Para pelajar yang memasuki Sekolah Berasrama Penuh (SBP) sering dianggap istimewa. Seringkali gambaran yang positif diberikan oleh orang luar terhadap sesebuah SBP seperti Sekolah Sains.
Dalam sesebuah SBP, terdapat juga beberapa golongan pelajar yang dianggap sebagai "jahat" atau "taiko" dan sebagainya. Golongan ini yang selalunya terdiri daripada para pelajar senior, akan menggunakan kuasa senior mereka untuk menekan pelajar junior. Walau bagaimanapun, tidak dapat dinafikan juga bahawa terdapat juga pelajar junior yang bertindak kurang ajar terhadap senior.
Pada pendapat peribadi saya, antara punca yang menyebabkan perkara ini berlaku ialah:
1. Sebagai junior, mereka mesti menghormati senior.
2. Sebagai senior pula, mereka mempunyai "keistimewaan" berbanding junior.
3. Senior ingin menunjukkan kekuasaan mereka di sekolah tersebut.
4. Senior ingin melihat segala-galanya berjalan mengikut rentak mereka.
Namun, memang tidak dapat dinafikan bahawa sebagai junior, mereka perlu menghormati yang senior. Walau bagaimanapun, sekiranya senior menganggap junior hanya sebagai "pak turut", hanya sebagai pesuruh, hanya sebagai pembeli makanan-makanan yang enak di kantin, hanya sebagai pembeli roti coklat jenama Panasonic di kantin, hanya sebagai sumber hasil dalam negeri di dormitori mereka dan sebagainya lagi, adakah ini adil bagi junior?
"….. Dan berbuat baiklah kepada dua orang ibu-bapa, karib-kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, tetangga yang dekat dan tetangga yang jauh, teman sejawat, ibnu sabil dan hamba sahaya kami. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong dan membanggakan diri." -surah an-Nisaa', ayat 36.
Namun, kita juga tidak hanya boleh menyalahkan senior sahaja. Seringkali juga, para pelajar junior bersikap kurang ajar dan tidak menghormati langsung akan senior mereka.
Junior jenis ini menganggap bahawa senior tidak mempunyai apa-apa hak langsung ke atas dirinya dan oleh yang demikian, dia boleh melakukan sesuatu yang drastik seperti melaporkan kepada warden sekiranya dia diminta tolong oleh senior.
Namun, kita perlu juga lihat kepada BENTUK pertolongan yang diminta oleh senior tersebut. Sekiranya permintaan mereka adalah melampaui batas dan melangkaui had laju yang ditetapkan, maka junior tidak berhak mengikutinya dan melaporkan kepada warden adalah sesuatu yang wajar.
Walau bagaimanapun, sekiranya senior tersebut meminta tolong secara ikhlas, pada pendapat saya, memang bagus sekiranya junior menolong. Allah akan memberi balasan kepada mereka yang tolong-menolong.
"Bagi orang-orang yang berbuat baik, ada pahala yang terbaik (syurga) dan tambahannya. Dan muka mereka tidak ditutupi debu hitam dan tidak (pula) kehinaan. Mereka itulah penghuni syurga, mereka kekal di dalamnya." -surah Yunus, ayat 26.
Sebelum saya meletakkan tanda noktah, saya ingin meminta maaf sekiranya artikel ini menyinggung ketenteraman fikiran sesiapa.
Wallahua'lam.
Posted by imtiaz327 at 9:00 AM 1 comments
Tuesday, May 1, 2007
Mutiara Kata
“99% kegagalan datang dari orang-orang yang suka memberi alasan.” ~George Washington Carver~
Ada dua perkara yang anda boleh faham tentang mutiara kata ini. Pertama, jika anda suka memberi alasan tentang apa sahaja, anda mungkin masih gagal mencapai apa yang anda inginkan sampai ke hari ini. Kedua, jika anda masih lagi gagal mencapai apa sahaja yang anda inginkan, fikir semula, adakah anda suka memberi alasan atas kegagalan anda? Jika ya, berhenti mencari alasan. Tumpukan tenaga anda kepada mencari jalan untuk mencapai kejayaan dan mencapai apa sahaja yang anda inginkan.
Buka minda untuk menerima ilmu. Ilmu mudah diterima dengan minda yang terbuka. ~Osman Affan~
Ada 3 perkara yang anda perlu jaga apabila anda sedang belajar sesuatu daripada seseorang.
- Jangan anggap anda lebih pandai daripada beliau. Jika anda rasa anda lebih pandai, anda tidak akan pelajari apa-apa. Tambahan pula, jika anda lebih pandai, mengapa anda sedang belajar sesuatu daripada beliau?
- Jangan jatuhkan air muka atau memalukan beliau. Ada kalanya orang yang mengajar tersilap cakap atau terlupa apa yang hendak diperkatakan. Jangan ketawakan atau memandang rendah kepada beliau. Ingat, anda sedang belajar. Apabila beliau merasa malu atau terhina, anda tidak akan diajar dengan hati yang terbuka. Anda yang akan rugi, bukan beliau.
- Walaupun apa yang diterangkan oleh beliau anda sudah tahu, anda tidak perlu menunjuk-nunjuk. Maksudnya, anda tidak perlu sibuk cuba menunjukkan yang anda sudah tahu dengan berkata “ha, saya dah tau yang tu.” atau “benda ni saya dah pandai, takyah cerita pun takpe” dan sebagainya.
Selamat menuntut ilmu.
“Mulakan hari anda dengan bersyukur dan anda akan lihat semua perkara yang membuat anda bersyukur datang kepada anda sepanjang hari. ~Osman Affan~”
Pernahkah anda rasa semua benda yang anda lakukan sepanjang hari tidak menjadi? Contohnya, anda terlewat bangun. Semasa hendak mandi, anda terjatuh kerana lantai licin. Semasa hendak memakai baju, butang baju tersangkut dan baju anda koyak sedikit. Apabila anda hendak menaiki kenderaan, kenderaan anda rosak. Apabila anda sampai ke tempat anda belajar, anda dimarahi kerana lambat. Apabila anda hendak mengambil buku, buku anda tertinggal….. dan bermacam-macam lagi sepanjang hari.
Hmmm…. tentu anda boleh bayangkan apa rasanya….. ini ada satu petua yang sangat hebat untuk anda. Tentu anda pernah dengar “you are what you think about”, maksudnya anda adalah apa yang anda fikirkan. Namun ada lagi sambungan kepada ayat ini, “you attract to you what you think about”, maksudnya, anda tarik ke dalam hidup anda apa-apa sahaja yang anda fikirkan.
Jika anda mulakan hari anda dengan fikiran dan perasaan marah, anda akan jumpa semua perkara yang membuat anda marah sepanjang hari. Jika anda mulakan hari anda dengan fikiran dan perasaan benci, anda pasti akan jumap semua benda yang membuat anda rasa benci dan marah sepanjang hari. Jadi, bagaimana harus ada mulakan hari anda?
Disinilah asalnya mutiara kata saya ini. Hari ini, senaraikan semua perkara yang membuat anda rasa bersyukur. Anda mungkin rasa bersyukur kerana anda masih ada ibu bapa, bersyukur kerana ibu bapa menyayangi anda, bersyukur kerana berjaya memasuki universiti, bersyukur kerana ada ramai kawan baik, bersyukur kerana dikurniakan kebijaksanaan dalam berfikir dan bersyukur kerana apa sahaja dalam hidup anda. Rasa bersyukur ini menimbulkan satu rasa tenang dalam hati anda. Bukan sahaja rasa tenang, malah anda rasa gembira dan bersemangat.
Apabila anda bangun tidur pada waktu pagi, baca senarai ini dan rasakan kegembiraan disebabkan rasa bersyukur ini. Senyum dan rasa gembira. Insyaallah, anda akan rasa hasil yang sangat menakjubkan sepanjang hari. Selamat mencuba. Selamat bersyukur!
Sahabat yang baik umpama memori yang indah. Memori yang indah sentiasa menceriakan, menenangkan dan dan memberikan semangat. ~Osman Affan~
Anda boleh berjaya dengan cemerlang jika anda bekerja sendirian. Namun anda akan berjaya dengan lebih cemerlang dengan lebih mudah jika anda mendapat pertolongan sahabat-sahabat anda. Seingat-ingat saya, saya ada ramai sahabat baik yang telah membantu saya untuk mencapai kejayaan dalam bidang pelajaran bermula dari sekolah rendah, sekolah menengah, kolej dan juga universiti.
Hargai sahabat baik anda kerana mereka akan memainkan peranan yang penting dalam hidup anda. Jadilah seorang sahabat yang baik agar anda juga dapat menyumbang ke arah kejayaan sahabat-sahabat anda.
Jika anda hanya memandang pada peluang yang melintas di depan anda, ia pasti akan meninggalkan anda. ~Osman Affan~
Peluang tidak selalu datang dalam hidup anda. Lebih buruk lagi jika anda melepaskan peluang yang anda ada. Selalunya anda akan kesal kerana melepaskan sesuatu peluang selepas ia telah berlalu. Sama seperti penjelasan saya di bulan Ramadhan dulu, semasa waktu siang di bulan ramadhan, makanan yang tidak menyelerakan pun nampak sedap dan membuat anda terliur. Ia jadi begitu kerana anda tidak boleh memakannya. Waktu itu anda mungkin menyesal kerana tidak makan makanan tersebut pada waktu lain (selain siang di bulan Ramadhan).
Begitu juga dengan pelajaran. Ia merupakan satu peluang yang berdiri di depan anda. Jika anda lepaskan peluang itu dengan tidak belajar bersungguh-sungguh, peluang itu pasti meninggalkan anda. Sedar-sedar nanti, apabila anda sudah bekerja dan menghadapi kesukaran untuk maju, anda terasa menyesal kerana membiarkan peluang belajar tadi meninggalkan anda…….
“When the going gets tough, the tough gets going”
Agak sukar untuk saya terjemahkan ke dalam Bahasa Melayu. Maksudnya lebih kurang, jika perjalanan hidup anda menjadi semakin sukar, anda sebenarnya sedang bergerak meninggalkan perkara yang sukar itu.
Contohnya, katakan anda sedang mengayuh basikal. Di hadapan anda ada satu kawasan berbukit. Apabila anda mengayuh menaiki bukit tersebut, kayuhan anda menjadi semakin sukar bukan? Namun anda tidak perlu risau kerana anda apabila anda teruskan kayuhan, anda akan melepasi kawasan berbukit itu dan kayuhan anda akan menjadi semakin lancar selepas itu.
Sama seperti hidup anda. Anda tidak perlu terlalu risau jika anda hadapi kesukaran dalam hidup atau semasa belajar sekarang ini. Ia semua akan berlalu dan anda akan jadi lebih senang dengan syarat… anda perlu teruskan perjalalanan anda……
Anda adalah orang yang sangat malang jika……
- 1. Anda terjatuh kerana terlanggar tunggul lalu anda memaki hamun tunggul tersebut kerana berada di tengah jalan anda…..
- 2. Anda terlewat bangun pagi dan terlepas bas ke sekolah lalu anda salahkan pihak televisyen kerana menayangkan perlawanan bola sepak pada lewat malam…..
- 3. Anda dirotan kerana merokok di sekolah lalu anda menyalahkan pekedai runcit di tempat anda kerana menjual rokok tersebut kepada anda….
- Anda gagal dalam peperiksaan Matematik lalu anda mengamuk pada kawan anda kerana tidak membenarkan anda meniru beliau…
- Anda menconteng dinding-dinding atau tempat awam kerana anda rasa tidak ada orang mahu mendengar apa yang anda hendak katakan…..
- Anda tidak mahu belajar subjek Sejarah dengan bersungguh-sungguh kerana anda rasa cikgu Sejarah anda suka pilih kasih…..
- Anda kalah dalam perlawanan badminton lalu anda salahkan syarikat pembuat raket badminton anda kerana produk tidak berkualiti…..
Anda sangat malang kerana…. jika sikap dan pemikiran begini kekal dalam diri anda, anda tidak akan berjaya atau bahagia seumur hidup anda…… Fikirkan……
Anda adalah apa yang anda fikirkan. Fikirkan kejayaan, kejayaan akan jadi milik anda. Fikirkan kegagalan, kegagalan juga akan jadi milik anda. Jadi, apa yang ingin anda fikirkan? ~Osman Affan
Apa yang anda sering fikirkan akan mempengaruhi apa yang anda lakukan. Jika anda asyik fikirkan tentang kegagalan, anda akan rasa takut untuk mencuba. Akibatnya, anda tidak akan berjaya kerana untuk berjaya, anda perlu sekurang-kurangnya mencuba.
Jadikan masa silam sebagai panduan untuk merancang kejayaan di masa hadapan, bukan sebagai alat untuk mendabik dada yang akhirnya membawa kegagalan yang tidak berkesudahan. ~Osman Affan
Saya sering lakukan kesilapan ini. Saya sendiri sering cuba berbangga dengan kejayaan saya di masa lepas. Namun, semakin meningkat usia saya, saya sedar bahawa, kejayaan di masa lepas bukanlah satu jaminan bahawa saya akan kekal juga berjaya di masa hadapan. Saya sedar saya masih perlu berusaha keras sebagaimana saya bekerja keras untuk kejayaan saya yang lalu. Bagaimana dengan anda……………………?
Bijak adalah apabila anda merasa tidak pandai dan mula menumpukan perhatian untuk mempelajari sesuatu. ~Osman Affan~
Jika anda datang ke sesuatu majlis ilmu seperti pergi ke sekolah, menghadiri kuliah, menghadiri seminar atau menghadiri kursus, anda tidak dapat pelajari sesuatu jika anda datang dalam keadaan “gelas yang penuh”. Bayangkan sebiji gelas yang penuh dengan air. Bolehkah anda menuangkan air lagi ke dalamnya? Tidak boleh bukan.
Masalahnya yang ingin saya utarakan, banyak orang yang hadir sesuatu majlis ilmu dengan tanggapan mereka sudah tahu semuanya, sudah pandai dan mereka lebih baik daripada pensyarah atau penceramah dihadapan. JIka ini mentaliti yang anda gunakan, anda akan rugi kerana anda pasti tidak akan pelajari apa-apa.
Ini kerana, apabila anda rasa anda sudah tahu, anda mula memandang rendah dan memperlekehkan apa yang diajarkan. Jadi, anda tidak akan mendengar dengan teliti dan tidak mampu menumpukan perhatian. Akhirnya, anda tidak akan belajar apa-apa. Persoalan saya, jika anda hadiri majlis ilmu untuk belajar tetapi anda tidak mampu belajar apa-apa, adakah anda tergolong dalam golongan orang yang pandai??
Posted by imtiaz327 at 12:47 PM 0 comments
Pedoman
SAIDINA ABU BAKAR RADHIALLAHU ANHU BERKATA:
Orang yang bakhil itu tidak akan terlepas daripada salah satu daripada 4 sifat yang membinasakan iaitu:
- Ia akan mati dan hartanya akan diambil oleh warisnya, lalu dibelanjakan bukan pada tempatnya atau;
- hartanya akan diambil secara paksa oleh penguasa yang zalim atau;
- hartanya menjadi rebutan orang-orang jahat dan akan dipergunakan untuk kejahatan pula atau;
- adakalanya harta itu akan dicuri dan dipergunakan secara berfoya-foya pada jalan yang tidak berguna
SAIDINA UMAR AL-KHATTAB RADHIALLAHU ANHU BERKATA:
- Orang yang banyak ketawa itu kurang wibawanya
- Orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina
- Orang yang menyintai akhirat, dunia pasti menyertainya
- Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga
SAIDINA UTHMAN BIN AFFAN RADHIALLAHU ANHU BERKATA:
Antara tanda-tanda orang yang bijaksana itu ialah:
- Hatinya selalu berniat suci
- Lidahnya selalu basah dengan zikrullah
- Kedua matanya menangis kerana penyesalan (terhadap dosa)
- Segala perkara dihadapaiya dengan sabar dan tabah
- Mengutamakan kehidupan akhirat daripada kehidupan dunia.
SAIDINA ALI KARRAMALLAHU WAJHAH BERKATA:
- Tiada solat yang sempurna tanpa jiwa yang khusyu'
- Tiada puasa yang sempurna tanpa mencegah diri daripada perbuatan yang sia-sia
- Tiada kebaikan bagi pembaca al-Qur'an tanpa mengambil pangajaran daripadanya
- Tiada kebaikan bagi orang yang berilmu tanpa memiliki sifat wara'
- Tiada kebaikan mengambil teman tanpa saling sayang-menyayangi
- Nikmat yang paling baik ialah nikmat yang kekal dimiliki
- Doa yang paling sempurna ialah doa yang dilandasi keikhlasan
- Barangsiapa yang banyak bicara, maka banyak pula salahnya, siapa yang banyak salahnya, maka hilanglah harga dirinya, siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak wara', sedang orang yang tidak wara' itu bererti hatinya mati
Posted by imtiaz327 at 12:36 PM 1 comments