BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, April 30, 2007

Champions League.. Siapa yg ke Final??

Piala Juara-juara Eropah merupakan idaman setiap kelab2 eropah (ye lah,x kan asia kowt..mane tau my team pun nak kan).. piala ni kirenya level paling tinggi la untuk tournament kat eropah..lagi tinggi dr EPL (mungkin jatuh ke tangan man utd), serie A yg telah dimenangi oleh Inter milan, dan La Liga yg sedang didahului oleh barca hatta lagi tinggi dr kejohanan futsal yg dimenangi oleh AMBA...hehe.. 2-3 mei ni merupakan peringkat separuh akhir ke-2 antara liverpool vs chelsea dan man utd vs ac milan.. gempak siot.. 3 kelab epl masuk semi final..



AC MILAN
kelab ni mempunyai rekod dan sejarah yg terbilang dalam kejohanan ni..separuh akhir first tu kire xde luck la dorg..elok2 leading 2-1 ,last2 kalah 3-2...tapi 3 mei ni dorg mempunyai peluang utk bls dendam...dah la men kat tempat sendiri..paling kurang pun dorg kene mng 1-0..walaupun seri agregat,tapi ikut hukum gol (cam fizik lak) team byk gol kat tmpat lawan yg layak.


MANCHESTER UNITED
Ni lah team yg kalah kan ac milan aritue..dorg punye player (ronaldo,rooney) mantap giler...mmg top form la... baru2 ni kat EPL,elok2 minit ke-50 dorg tertinggal 0-2,dorg boleh kejar n mng 4-2... Fu-Yooh..wa caya lu beb..korunk rase la,die boleh x buat TReble?? ha aizat,leh ke??hehe



CHELSEA
kelab ni bapak ar kaye..dah la ade 'Shevchenko'..mahal tu..30.9 juta pound..kelab dorg ni boleh kate lengkap ar..setiap posisi ade at least 2 player..tapi sbb ramai injured,kelab ni terumbang ambing skit...tapi dorg dapat buktikan,walaupun ramai injured,dorg leh mng 1-0 lwn Liverpool kat Stamford Bridge minggu lepas..ape2 pun,diharapkan mourinho dapat la mng piala tu ek walaupun byk kontroversi yg melanda kelab..




LIVERPOOL
ni lah kelab yg ade keeper 'tarian ular' (jerzy dudek) waktu final 2005..tapi mane tah die skrg..team ni dikatakan agak lemah di liga domestik, tapi kuat di liga eropah...camner tu.. ingat x final 2005, dorg leh kejar drpd 3-0,seri 3-3 dan menang menerusi sepakan penalti..adakah team yg diterajui oleh Gerrard ini mampu mng ke atas chelsea di Anfield???




Cinta Remaja

Dilemma Cinta Remaja

Dalam meniti arus kehidupan ini, setiap insan tidak akan terlepas dari mendaki tingkat-tingkat kehidupan sebagai syarat bagi seorang anak Adam. Tingkat dari seorang yang bergelar bayi, lalu mendaki kepada kanak-kanak,remaja, dewasa dan seterusnya sebagai seorang yang matang adalah menjadi suatu kebiasaan dalam masyarakat. Sedar atau tidak sedar, kalau kita renungkan realiti terkini, rata-ratanya anak muda sering diperkatakan tentang mereka, masalah sosial dan sebagainya.
Fokus kali ini menyingkap tirai-tirai kehidupan seseorang remaja yang terbabit dalam
DILEMMA CINTA REMAJA.

Penulis ingin membawa tumpuan pembaca sekalian kepada beberapa kisah yang telah diringkaskan, sebagai renungan kita bersama InsyaAllah. Kisah yang pertama ialah tentang kisah cinta yang begitu tragis sekali yang membabitkan seorang gadis yang bernama Aisyah Bokhari yang sanggup menggadaikan akidahnya yang paling berharga, semata-mata kerana kekasihnya yang beragama Kristian. Ramai yang menitiskan air mata tatkala mendengar kisah tersebut. Tidak kurang juga yang berkumpul, menunjuk perasaan untuk membantah perbuatan tersebut tetapi apakan daya pihak yang berkuasa lebih berkuasa...

Kisah kedua melibatkan seorang gadis India Muslim, Hartina Kamaruddin yang sanggup menyaman bapanya sendiri dan menggadaikan mahkota keimanannya lantaran...??? Kerana cinta yang mendalam kepada seorang pemuda Hindu.

Sebenarnya terlalu banyak kisah yang seumpama ini berlaku disekitar kita. Itu belum kita jangkaukan tumpuan kita kepada pemuda-pemuda yang terus lupa kepada tanggungjawab sebagai seorang anak setelah berkahwin dengan gadis idamannya.

Faktor-faktor dan penyelesaian
Terlalu banyak faktor yang mendorong kepada berlakunya peristiwa yang dinyatakan di atas. Faktor-faktor ini bukanlah suatu yang standard malah ianya banyak dipengaruhi dengan faktor sampinagn yang lain yang tidak dapat penulis menghuraikan di sini.


1.Kurang didikan
Pendidikan bukan sekadar mencurahkan ilmu malah pendidikan melibatkan asuhan, ajaran, disiplin dan sebagainya.Segala tunjang kepada pendidikan ini adalah keharmonian institusi kekeluargaan. Kadangkala suasana kekeluargaan yang tidak sesuai mendesak kepada pengabaian anak-anak lalu menghasilkan anak-anak yang kurang didikan. Walaupun ada dikalangan mereka lepasan sekolah agama, tetapi akibat suasana keluarga yang tidak Islamik, memberi impak yang besar kepada remaja. Seandainya kita melihat kepada sejarah nabi s.a.w, baginda pernah bersabda bahawa suruhlah anak kamu solat bila berumur 7 tahun dan pukullah ia bila berumur 10 tahun. Perkara ini menunjukkan kepada kombinasi antara kekerasan dan kelembutan dalam mendidik anak-anak mengikut tahap pemikiran mereka. Tidak semestinya kelembutan menjadi kemestian dan bukanlah kekerasan menjadi suruhan, malah kebijaksanaan dalam mendidik yang membentuk keteguhan anak-anak.

2.Pergaulan
Perkara ini merupakan aspek yang paling utama. Dilemma remaja berlaku tatkala mereka salah memilih kawan dan seterusnya mengakibatkan tergelincir dari landasan kebenaran. Dalam suasana kita di Australia ini, perkara yang perlu kita mengambil perhatian ialah soal pergaulan. Persoalan ini bukan sahaja terbatas kepada lelaki dan perempuan malah melibatkan jantina yang sejenis.

Ramai dikalangan kita, sebagai contoh, yang terasa tertekan apabila menjalani kehidupan mereka di sini. Ini berlaku kerana faktor pergaulan. Mereka berasa bangga apabila dapat berkawan dengan ‘Mamat dan Minah-Ozzie’. Tetapi, mempunyai rasa malu apabila hendak mengamalkan Islam apabila berhadapan dengan mereka. Contoh paling senang ialah bila tiba waktu solat. Kita hendak solat tetapi diwaktu itu, ‘mereka’ bersama kita. Apa yang kita beritahu kepada mereka? Hendak ke tandas? Hendak ke Student Union? Itulah masalahnya. Penulis bukanlah menentang kita bergaul dengan ‘mereka’ tetapi seandainya rasa diri itu tidak kuat untuk mempertahankan iman kita, adalah baik kita tinggalkan mereka. Sedarlah bahawa iman merupakan mahkota yang amat berharga kepada kita.

3.Undang-undang Islam
Kalau kita perhatikan seorang pencipta komputer. Apa andaian kita kepada pencipta tersebut. Setiap orang pasti tidak akan menyangkal kenyataan bahawa sang pencipta itu tahu kelemahan dan kelebihan alat ciptaannya itu.

Begitulah juga dengan Al-Khaliq, pencipta manusia. Lalu disediakan peraturanNya kepada makhluk ciptaanNya agar mereka menjalani kehidupan dengan aman dan harmoni.

Dan didalam Islam, perkara utama yang dipertahankan ialah akidahnya. Dan bukan semua orang memiliki ‘ability’ yang sama. Sesetengah orang boleh mengawal dirinya sendiri dan tidak kurang juga yang perlu pengawal dari luar. Serupalah juga dengan disiplin yang ada di sekolah. Kenapa perlu disiplin? Bukankah cukup dengan nasihat, ilmu, dan sebagainya? Ini adalah kerana bukan semua orang berkemampuan untuk mengawal dirinya sendiri lalu berkehendakkan kepada ‘pengawal’ dari luar.

Begitulah juga dengan agama, ia berkehendakkan kepada pengawal agar terjaga disetiap zaman dan masa. Kalau kita hendak perhatikan kepada kisah Aisyah Bukhari yang amat tragik itu, bukanlah dia dari kalangan orang yang jahil. Malah pernah menuntut di sekolah agama, menghafal surah As-Sajdah dan beberapa surah yang lain. Dan kalau difikirkan adalah sesuatu yang mustahil seorang yang boleh digelar ‘ustazah’ bertindak sedemikian (walaupun kita tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku, mungkin ada faktor luaran yang lebih mendesak?).

Dan sedarlah pembaca-pembaca sekalian, perkara ini memerlukan kepada disiplin yang amat keras kerana ia merupakan kesalahan jenayah yang amat berat dalam Islam.

Cubalah kita bayangkan seandainya perkara ini berlaku kepada adik kita atau ibu kita yang kita kasihi. Apa tindakan kita? Menangis? Merayu? Tunjuk perasaan?... Lupakan sahaja, ianya takkan membuahkan hasil selagi mana manusia melupakan hukuman Allah.

Dalam Islam, seandainya kita dalami, seorang yang murtad, hukumannya adalah bunuh. Ia adalah kerana murtad adalah jenayah yang amat berat. Tetapi kita hendaklah sedar bahawa bukanlah hukuman Islam itu untuk ‘menghukum mana-mana pesalah sesuka hati sahaja’. Bahkan Allah dengan terang-terang menyatakan bahawa sesungguhnya hukuman Allah itu adalah sebagai pencegahan.

Pernah suatu hari penulis berdialog dengan seorang ‘mamat Ozzie’ tentang hukuman Islam ini. Dan sesungguhnya kalau mereka faham dengan Islam dan mandapat hidayah Allah, pastinya mereka akan memilih islam sebagai jalan hidup. Mengapa?

Kerana mereka kagum dengan hukuman Islam dan perlaksanaannya. Begitulah juga dengan kita. Terdapat di kalangan kita yang menentang hukuman Islam...paling kurang pun menyatakan pelbagai alasan untuk menjalankan hukum Islam . Mengapa ini terjadi? Antara faktor utama ialah kerana tidak faham Islam dengan sebenarnya.

Baiklah, berbalik kita kepada masalah murtad tadi. Seperti yang dinyatakan oleh penulis, bukanlah maksud hukum Islam ini untuk menghukum sesuka hati, malah untuk mencegah dari barah merebak dan terus merebak. Seseorang yang didapati bersalah dalam masalah murtad, akan disoal siasat tentang punca sebenar kemurtadan itu berlaku. Tidak dinafikan bahawa banyak faktor lain yang mendesak berlakunya perkara sedemikian. Mereka akan diberi tempoh 3 hari sekurang-kurangnya untuk menukar kembali agamanya kepada Islam. Dan dalam tempoh itu, pesalah akan dinasihati dan diberi penjelasan tentang Islam. Mungkin kemurtadannya disebabkan tidak faham dengan Islam dan sebagainya.

Dan dalam tempoh itu mereka akan diberi pilihan sama ada untuk kembali kepada Islam ataupun menjalani hukuman mati. Adalah suatu yang bodoh jika mereka memilih mati dari kembali kepada Islam. Dan sudah tentunya, secara logik akal manusia, mereka tidak akan sanggup mati demi ‘agama’ mereka itu. Dan.... cuba kita renungkan bersama, keindahan ajaran Islam ini.

Mungkin timbul persoalan, bagaimana dengan penganut agama lain? Tidakkah ianya akan menimbulkan huru hara jika dilaksanakan? Kalau begitu persoalannya, kita perlu menjawab kepada mereka, ‘Apa yang perlu dirisaukan, kita hanya mahu manjaga orang Islam dari murtad, bukannya kita nak memaksa semua orang bukan Islam masuk ke dalam agama Islam. Jadi orang yang bukan Islam tak perlu risau dengan hukuman ini’.

Perkara ini samalah dengan perbuatan kita mengenakan tindakan disiplin kepada anak kita yang melakukan kesalahan. Perlukah orang lain masuk campur? Itu anak kita, kita punya sukalah. (selagi mana tidak melangkaui batas agama). Jadi, Islam itu menganggap bahawa semua Muslim itu bersaudara dan berkewajipan kepada setiap dari kita untuk menjalankan hukuman Allah bagi memelihara kesucian Islam yang kita cintai.

Penutup
Setiap dari kita perlulah meletakkan seluruh hidup kita diatas jalan yang sebenarnya iaitu Islam. Adalah suatu perkara yang sia-sia seandainya kita mengabaikan Islam dalam kehidupan kita. Kesyumulan Islam membezakan antara kita dengan penganut agama lain sehinggakan persoalan cinta pun menjadi agenda untuk dibincangkan dalam masalah agama kita.

Cemerlang SPM

Sifat-sifat pelajar yang berjaya.

1. Bertaqwa
Berdoa dan memperuntukkan masa untuk mengigati Allah. Semua kewajiban terhadap agama hendaklah dipenihi bagi menjamin kita mendapat keredhaan Allah. Berdoalah memohon kesenangan dan kalancaran dalam mencapai kejayaan serta berdoa juga agar dikurniakan kecerdasan otak yang lebih. Otak yang dikurniakan Tuhan kepada makluk-makluknya adalah sama. Sebarang kelebihan adalah datangnya dari Allah.

2. Bersemangat
Setiap murid yang ingin berjaya, mempunyai keinginan dalam mencapai kecemerlangan. Dengan kata lain pelajar itu mempunyai semangat untuk nerjaya. Semangat boleh dipupuk dengan adanya cita-cita. Cita-cita boleh meransang diri murid itu untuk lebih berusaha dan berkeyakinan dalam menempuh rintangan untuk berjaya. Oleh itu tetapkanlah matlamat atau cita-ciata anda dengan jelas dan berusahalah untuk mencapainya dengan bersungguh-sungguh.

3. Berdisiplin
Disiplin adalah faktor yang sangat penting untuk berjaya. Setiap murid hendaklah mengikut peraturan serta menghormati ibu bapa,, guru, orang yang lebih tua dan rakan-rakan. Sedarkah anda bahawa individu-individu ini adalah orang yang mendorong anda untuk berjaya. Jangan sesekali menderhaka kepada mereka, kerana restu dan doa mereka, anda sebagai seorang murid akan mencapai kejayaan yang anda. Jadilah orang yang berdisiplin.

4. Cekal
Usaha dengan berterusan melalui pemikiran dan minda yang positif, kerana kelemahan dan kekurangan bukan batasan dan bukan untuk dijadikan alasan. Maksudnya sesuatu kejayaan itu hanya akan dapat dicapai sekiranya anda tidak berputus asa apabila dilanda kegagalan atau meneyedari kelemahan pada diri anda. Berfikirlah secara matang dan terbuka berdasarkan fikiran yang waras untuk mengatasi kekurangan atau kelemahan diri.

5. Maju kehadapan
Sentiasa berusaha untuk berada di hadapan orang lain atau menjadi yang terbaik di kalangan yang terbaik dengan cara yang sihat, tanpa menjatuhkan satndard orang lain. Dalam aspek ini sifat cemburu pada kejayaan orang lain boleh menjadi peransang kepada seorang murid untuk membaiki diri, seterusnya bersaing secara sihat dikalangan masing-masing demi untuk mengatasi yang lain. Awas! Kadang-kadang sifat cemburu boleh membawa kepada hasad dengki, lalu menimbulkan niat untuk menjatuhkan seseorang dengan cara yang salah. Elakkan berperasaan begini. Anda hendaklah sentiasa bersifat terbuka dalam mewujudkan suasana persaingan yang positif.

6. Tidak mudah berpuas hati
Sikap ini perlu diamalkan dalam diri setiap murid. Janagan memandang kepada apa yang telah kita capai tetapi sebaliknya fikirkanlah apa yang perlu dilakukan untuk menjadikan pencapaian yang telah kita perolehi itu sebagai pendorong kepada kejayaan yang mendatang.
geovisit();

Tahniah

kat sini, saye wakil Imtiaz327 ingin mengucapkan tahniah kat ACAp n Adilah kerana dipilih menjadi tokoh bagi pelajar tingkatan 5 tahun 2007 sempena minggu remaja proaktif

Friday, April 27, 2007

FuTSal....



Futsal??? mende tu.. hari tu ade game futsal.. cara main die guna kaki gak, cam bola..tapi main kat court keramat..court basket..hahaha.. ade 3 point tak men futsal ni.. ape2 pun memang enjoy la men benda ni.. terima kasih la kitaorang nak ucapkan kat Biro Keceriaan Badan Pengawas (BKBP) kerana menganjurkan game ni.. buat team yang menang tu (AMBA) tahniah la ye.. juga x lupa kepada pasukan pilihan (dato onn)..hehe.. Dato onn tu pasukan gurl la ye..huhu..laki (DO) pun x kurang hebatnyer, satu2 nya team yg kalahkan AMBA.. ok la, di harapkan game2 camni akan selalu dibuat..MAJULAH SUKAN UNTUK I-TEM

I-TEM the power ( POWER 2x)

p/s: acapan conduct