BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, June 9, 2007

90s babies

Tanda2 anda bayi tahun 90-an: kita membesar dengan menonton Masked Rider,Jet-man,Transformers,Thundercats,Flyman,Ultraman,Chipmunks dan Mickey Mouse.Not to forget Ninja Turtles,Doraemon,Power Rangers,Tomatoman dan Voltron.Berus gigi time waktu rehat kat skolah rendah?Hmm...mesti pegang cawan warna warni kan?Mencangkung kat tepi longkang dgn klassmate suma kat seblah... ingat tak,masa kat skolah masuk klass dengan list appointment dentist.pastu bunyi gigi member kiter kena gerudi kat bilik rawatan.ada gigi berlubang,kenalah tampal. ni sur korang ingat...program minum susu kat skolah.nak galakkan budak time tue minum susu.skotak seringgit jer beb!cikgu2 kalo nak denda mesti guna pembaris panjang yang warna kuning tu.pukul tapak tangan,kan??semangkuk mi sup,50 sen jer kat kantin.air cawan kecil 20 sen jer.time sekolah rendah,korang sure beli BATA BM Turboatau Pallas Jazz ada yang otai sket suka kasut yang high cut buatan cina tu..ada yang suka stokin tebal lah..lah ni,suma minat Warrior jer...internet?e-mail?mendalah apa tue?CD?apa tue?kaset tape pernah la dengar,tiket wayang pun RM8 saja,tengok wayang time hari raya saja.tuela paling best masa jadi bebudak,kita pi kedai runcit,beli Chickerdis,Mamee,Kum Kum,UFO,TORA,ingat tak iklan TORA,..."TORA DATANG LAGI DENGAN..."Ding Dang chocolate balls yang ada mainan kat dalam tue,telur keras warna warni,'rokok' chewing gum,KIKI Bubble Gum...Chewing gum hitam putih x dilupakan.'Ti Kam' bila dah abis exam,main monopoly la..saidina laa...Donkey la..Happy Family laa..Snap laa..up sket pun,UNO dalam klass.tapi bunyi loceng la paling best skali.Bleh beli ais krim kat apek kat luar pagar.lagi satu, loceng masa nak pi rehat...tinggalkan kerja skolah,jom kita pi makan!berebut2 nak beli,tak brator pon,kesian kat pengawas kena jaga barisan...budak2 yang dapat RMT mesti kluar awal.Lagi satu,memang sronok time PJ.main bola laa...rounders laa..permainan kegemaran main guli, batu seremban,penutup botol,batang ais krim,"Pepsi Kola Ais Krim Soda","Polis Sentry",kejar2 duduk,galang panjang,main cuit tiang. pastu kita hilangkan dahaga dengan ais krim Melayu10 sen.Ala...yang dalam tube tue,ada warna warni.pastu boleh patahkan kat tengah dia.Hmm...ni pun kita main dulu,main baling2 kapur laa.buat topeng guna kertas...Tapi,budak kat skolah rendah skarang kebanyakkannya lahir tahun 1996/1997 yang kita skarang paggil "budak2".Diorang mana pernah dengar lagu 'We Are The World,We Are The Children' dan lagu 'Uptown Girl' yang diorang tau yang Westlife nyanyi bukan Billy Joel nyanyi..mana tau sapa Nirvana...Kurt Cobain tuh diorang ingat apa ntah..bagi diorang Jerman dan Vietnam ada satu je kat dunia ni.AIDS wujud sejak diorang lahir.CD pun wujud time diorang lahir.Michael Jackson dah putih dah time tu.Diorang percaya Spiderman dengan Incredible Hulk tu filem baru.Diorang tak bleh nak bayangkan skrin hitam putih sebuah komputer.Diorang tak pernah tahu pun apa "ATARI' dengan 'Game Watch','Game Type'...skang suma pakai CD aja.PSone,PS2,PS3,XBox,Wii.Diorang tak percaya pernah ada tv hitam putih.diorang gak tak reti nak switch on TV kalo takda remote cntrol.Diorang gak tak faham camna kita bleh survive skolah rendah dengan takda handphone.Hmm...jom kita check,kita ni dah tua ke??

1. Anda faham apa yang anda baca kat atas ni
2. Kebanyakkan member sekolah rendah kita dah hilang entah ke mana
3. Kita geleng kepala bila tengok budak sekolah tadika guna kita dah tak banyak sembang
ngan member2 kat handphone.handphone..Dulu,handphone besar penyepak,bleh pelangkung
anjing,tu
4. Kita dah tak banyak sembang2 ngan member kita guna telefon lagi
5. Bila jumpa member lama dari masa ke masa,kita sronok crita pasal hal lama-lama,cerita2
klakar yang kita alami masa kecik2 dlu,masa comel2 dlu.
6. Last skali,bila baca nie,mesti terfikir nak forwardkan kat member2 lama anda kan?

Friday, June 1, 2007

Kuliah Jin:Ustaz Ismail Kamus

1) Jin berasal dari Jan (Bapak Jin) dan gelarannya Azazil. Dicipta dari api (biru), dan telah beramal puluh ribu tahun lamanya .

2) Apabila Allah swt. memerintahkannya supaya tunduk menghormati Nabi Adam, mereka telah ingkar. Allah swt. melaknat dan perintah turun ke bumi. Jin terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam dan Syaitan.

3)Jin Islam pula terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam(Soleh) dan Jin Tidak Islam (Tidak Soleh). Syaitan yang turun kesemuanya jahat (tidak Islam).

4) Makanannya dari Api (Asap). Itu sebab orang-orang Melayu dilarang mengunakan kemenyan kerana Jin paling suka dengan asap yang busuk. Tetapi orang-orang melayu ini degil, suka sangat dengan asap kemenyan. Beliau menambah, orang-orang yang suka hisap rokok itu, adik-beradik jin lah tuu. (terkena?? hahaha..)

5) Tempat tinggal Jin seperti di awan, sungai, hutan, lombong, laut, tempat-tempat tinggi (KLCC), tandas dan kubur.

6) Beliau menasihat apabila ingin buang air di perjalanan (contohnya jalanraya), perlu baca " SalaMun, 'Ala Sulaiman, Fil 'alamin." Mengikut sirahnya jin sangat takut dengan Nabi Sulaiman. Orang-orang Melayu suka sangat membaca ucapan, "Ampun Datuk, Anak cucu tumpang lalu" Masa bila pulak jin dapat pangkat datuk. Dan masa bila pula, kita jadi cucu cicit jin !!!! (terkena lagi?? hahaha..)

7) Jin tidak mengetahui akan alam ghaib, itu sebab jika ada dukun atau bomoh yang tahu menilik-nilik nasib, pembohong...." Sirahnya apabila Nabi Sulaiman, memerintahkan jin untuk membina istananya, sehingga Nabi Sulaiman meninggal pun jin tidak perasan/tahu.> > > > > > > > > > Semasa itu Nabi Sulaiman duduk di kerusinya dengan tongkat kayu. Dan jin tekun membuat kerja di hadapan-nya. Sehingga anai-anai memakan tongkatnya dan tongkat tersebut reput dan jatuh serta Nabi Sulaiman pun jatuh, maka barulah tahu oleh jin bahawa Nabi Sulaiman telah mangkat.

8) Manusia juga dilarang membuang air di lombong-lombong yang airnya tenang, terutama di waktu tengah malam. Jin suka mandi di situ, waktu itu. Di larang juga buang air di lubang-lubang (tanah).

9) Rumah-rumah yang lama tidak berpenghuni atau rumah yang baru siap belum duduk lagi, jin suka tinggal di situ. Sebelum duduk rumah baru, di galakkan membaca surah Al-Baqarah, sehingga habis. Jin lari selama 3 hari. Tidak perlu tepung tawar bagai.... orang melayu suka sangat menepung tawar !!!1

0) Jika budak menangis tengah-tengah malam, azankan 7-10 kali, jika tidak bacakan ayat Kursi dengan cara 9 kali henti (tekniknya) sebab beliau pernah jumpa orang yang di rasuk.