BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, April 30, 2007

Cemerlang SPM

Sifat-sifat pelajar yang berjaya.

1. Bertaqwa
Berdoa dan memperuntukkan masa untuk mengigati Allah. Semua kewajiban terhadap agama hendaklah dipenihi bagi menjamin kita mendapat keredhaan Allah. Berdoalah memohon kesenangan dan kalancaran dalam mencapai kejayaan serta berdoa juga agar dikurniakan kecerdasan otak yang lebih. Otak yang dikurniakan Tuhan kepada makluk-makluknya adalah sama. Sebarang kelebihan adalah datangnya dari Allah.

2. Bersemangat
Setiap murid yang ingin berjaya, mempunyai keinginan dalam mencapai kecemerlangan. Dengan kata lain pelajar itu mempunyai semangat untuk nerjaya. Semangat boleh dipupuk dengan adanya cita-cita. Cita-cita boleh meransang diri murid itu untuk lebih berusaha dan berkeyakinan dalam menempuh rintangan untuk berjaya. Oleh itu tetapkanlah matlamat atau cita-ciata anda dengan jelas dan berusahalah untuk mencapainya dengan bersungguh-sungguh.

3. Berdisiplin
Disiplin adalah faktor yang sangat penting untuk berjaya. Setiap murid hendaklah mengikut peraturan serta menghormati ibu bapa,, guru, orang yang lebih tua dan rakan-rakan. Sedarkah anda bahawa individu-individu ini adalah orang yang mendorong anda untuk berjaya. Jangan sesekali menderhaka kepada mereka, kerana restu dan doa mereka, anda sebagai seorang murid akan mencapai kejayaan yang anda. Jadilah orang yang berdisiplin.

4. Cekal
Usaha dengan berterusan melalui pemikiran dan minda yang positif, kerana kelemahan dan kekurangan bukan batasan dan bukan untuk dijadikan alasan. Maksudnya sesuatu kejayaan itu hanya akan dapat dicapai sekiranya anda tidak berputus asa apabila dilanda kegagalan atau meneyedari kelemahan pada diri anda. Berfikirlah secara matang dan terbuka berdasarkan fikiran yang waras untuk mengatasi kekurangan atau kelemahan diri.

5. Maju kehadapan
Sentiasa berusaha untuk berada di hadapan orang lain atau menjadi yang terbaik di kalangan yang terbaik dengan cara yang sihat, tanpa menjatuhkan satndard orang lain. Dalam aspek ini sifat cemburu pada kejayaan orang lain boleh menjadi peransang kepada seorang murid untuk membaiki diri, seterusnya bersaing secara sihat dikalangan masing-masing demi untuk mengatasi yang lain. Awas! Kadang-kadang sifat cemburu boleh membawa kepada hasad dengki, lalu menimbulkan niat untuk menjatuhkan seseorang dengan cara yang salah. Elakkan berperasaan begini. Anda hendaklah sentiasa bersifat terbuka dalam mewujudkan suasana persaingan yang positif.

6. Tidak mudah berpuas hati
Sikap ini perlu diamalkan dalam diri setiap murid. Janagan memandang kepada apa yang telah kita capai tetapi sebaliknya fikirkanlah apa yang perlu dilakukan untuk menjadikan pencapaian yang telah kita perolehi itu sebagai pendorong kepada kejayaan yang mendatang.
geovisit();

2 comments:

z a t d i n said...

woaa... bagus2

Anonymous said...

wargh
trus tkr post
knape lain pulak pages ni?
nk emphasize topik ke?
muahahha
gud lark spm to all
moga kejayaan berada dlm genggaman